logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

2012 Tahunku Yang Kacak

Sekejap sahaja rasanya dah nak habis tahun 2012. Memang penuh cabaran untuk tahun ini tapi 2012 tahunku yang kacak. Kenapa pula kacak? Banyak perkara yang berlaku dalam tahun ini. Ada yang manis dan tentu juga ada yang pahit. Kita mula dengan yang paling manis bila masuk rumah baru, setelah sekian lama menunggu, walaupun tak besar tapi kepuasan membeli rumah sendiri tu membuatkan 2012 tahunku yang kacak.

Kemudian antara yang kacak lagi untuk tahun ini bila  pakej jurugambar perkahwinan dari cmratu.com makin mendapat sambutan, biar kecil asalkan berhasil. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian untuk tahun ini, memang 2012 tahunku yang kacak. Saya akan teruskan lagi untuk tahun 2013 dengan mengekalkan momentum yang ada, tak dapat nak gandakan atau lebih dari batasan kerana saya perlu sedar saya seorang guru dan pelajar yang perlu utamakan kerja hakiki saya lebih dari kerja sampingan termasuklah menulis blog.

2012 tahunku yang kacak

Belanjawan 2012 yang diumukan tahun lalu juga memberi impak kepada saya dan keluarga. Kenaikan gaji kakitangan awam banyak membantu dari segi kewangan. Pemberian baucer buku RM200 kepada pelajar IPTA juga betul-betul membuat saya, salah seorang pelajar PJJ PPG UPSI rasa 2012 tahunku yang kacak. Lebih kacak lagi apabila belanjawan 2013 juga permberian baucer buku RM200

Yang paling membuatkan 2012 tahunku yang kacak apabila berani berhijrah dari blogspot ke wordpress walaupun blog lama telah pun mesra SEO pada pagerank 2, tapi saya beranikan diri untuk mula dari bawah semula di blog baru muktasim.com ini. Jom jadi bloglist muktasim.com bagi yang belum.

Namun begitu tetap ada kenangan yang pahit dalam tahun 2012 ini yang tak ingin saya kongsikan, biarlah yang pahit itu menjadi peringatan kepada saya dalam meneruskan kehidupan ini. Kehidupan tetap perlu di teruskan, yang mana yang baik tu kita jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Kesimpulannya, 2012 tahunku yang kacak. Dan harap ianya akan lebih kacak pada tahun-tahun mendatang. Cukup setakat sampai disini dahulu SEO Extravaganza.

Contest ini Ditaja khas oleh : CiktommksyahirFauziBlueseizil network,lepakk[dot]comLadFeamir , My Arazzipenmerah[dot]com dan nurmisnan.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

29 MAKLUM BALAS: 2012 Tahunku Yang Kacak

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu