logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

20122012 satu permulaan baru

Uncategorized | 20 Dec 2012 | 7

Memang tak rancang untuk tarikh yang cantik macam ni. Selepas lama merancang akhirnya hari ini baru berkesempatan untuk berubah kepada yang lebih baik insyallah. Sebelum ni tak berani (nak jadi berani jom join BERANI 2013) dan tak berniat pun nak buka perniagaan. Niat nak tolong orang, tapi bila di fikirkan semula bidang ini ada peluang untuk pergi lebih jauh. Selepas berbincang dengan isteri maka kami buat keputusan untuk buka juga syarikat. Masa isi borang baru perasan tarikh daftar syarikat 20122012.

20122012

 

Buat masa ini, hanya fokus pada fotografi perkahwinan. Mungkin akan keluar sedikit dari perkahwinan selepas ini. Video pula, rasanya belum bersedia lagi, tetapi sebab ada promosi daftar RM60 untuk 5 tahun jadi tulis ja dulu, akan datang kita tak tahu lagi, mana tahu ada rezeki dalam bidang video pula.

Jom rakan-rakan blogger ikut nasihat Denaihati.com, dalam menulis cari juga peluang perniagaan melalui blog, sampai bila nak promosi barang orang lain. Saya pilih perkhidmatan jurugambar perkahwinan. Lepas ni nak belajar asas perakaunan pula untuk mantapkan lagi pengurusan wang.

Semoga 2013 lebih baik dari 2012 tahunku yang kacak. Malam ni dah boleh mula mengedit gambar selepas tertanguh atas sebab-sebab lain yang lebih mustahak.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

7 MAKLUM BALAS: 20122012 satu permulaan baru

Balas komen cikgu naman Batal

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu