logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

30 Tahun

FotoBesar | 22 Jun 2015 | 3

Alhamdulillah, semalam 21 Jun 2015 genap sudah umur ini 30 tahun menumpang di bumi Allah ini. Masih lagi di beri ruang dan peluang untuk hidup dan meneruskan perjuangan di dunia dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke Akhirat.

Umur 30 tahun selalunya menjadi kayu pengukur, adakah KPI tercapai atau tidak. Apa yang di idamkan semasa zaman persekolahan sudah tercapai? Sejujurnya banyak lagi yang belum dicapai. Apa pun saya redha,percaya dan yakin rezeki yang Allah kurniakan ini setimpal dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan (mugkin lebih). Apa yang pasti rezeki yang paling besar dan bermakna dalam hidup ini adalah Isteri dan anak-anak, ibu dan ayah serta ahli keluarga yang sayangkan kita. Inilah harta yang cukup berhaga yang perlu kita jaga. Dalam mencari kekayaan dunia yang lain jangan sampai hilang harta (keluarga) ini.

Impian semasa kanak-kanak dan remaja semakin hari semakin bertukar dan semakin rasional, kita kena bijak membuat keputusan supaya tidak terbeban kerana terlalu ingin mengejar sesuatu yang sebenarnya hanyalah sementara.

Apa yang ada hari ini semuanya hutang, kereta, rumah dan macam-macam lagi, jadi impian saya (yang saya rasa lebih matang) untuk keluar dari hutang. Itu yang utama, kereta juga keperluan yang mungkin perlu di tukar kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Jika perlu akan cari yang murah dan memenuhi keperluan sahaja. Saya lebih fokus untuk cari rumah kedua, insyaAllah…

GBQ_5941E

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

3 MAKLUM BALAS: 30 Tahun

Balas komen akubiomed Batal

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu