logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Aktiviti cuti sekolah

Sekejap sahaja dah habis tamat sesi persekolahan tahun 2012, bermakna semua pelajar sekolah (kecuali tingkatan 5 dan 6 atas) dan guru yang tidak menjaga peperiksaan SPM dan STPM sudah mula cuti sekolah. Pasti ramai yang kata untung cikgu cuti panjang, tapi yang sebenarnya, guru boleh di panggil bertugas bila-bila masa sahaja dalam cuti atas budi bicara pengetua dan cuti rehat khas guru cuma 7 hari setahun.

Apa aktiviti cuti sekolah cikgu? terlalu banyak aktiviti yang boleh di buat sepajang cuti lebih dari 1 bulan ini. Ada yang ke luar negara (kena mohon awal, dan terbaru kena mohon sendiri dari Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri), ada yang buat tuition/kelas tambahan, bercuti bersama keluarga dan macam-macam lagi aktiviti.

Macam saya pula setiap hari dalam cuti ni dah ada perancangan saya sendiri dan perlu pasti kan apa yang dirancang dilakukan dgn baik kerana masa yang ada agak terhad. Jadual hujung minggu seperti biasa di habiskan bersama isteri di rumah-rumah kenduri sebagai jurugambar perkahwinan. Alhamdulillah, rezeki hujung tahun 2012 ini tidak banyak beza dengan tahun lalu, tak banyak tapi jadi la “Biar Kecil Asalkan Berhasil”.

Kemudian hari-hari biasa pula saya perlu siapkan semua tugasan PPG PJJ UPSI yang tertanguh secepat mungkin. Tarikh peperiksaan akhir juga telah keluar iaitu pada 27 dan 28 Disember 2012. Jadi perlu juga belajar untuk pastikan tidak ada kertas yang sangkut semester ini.

Dalam masa yang sama, saya juga perlu ke sekolah untuk siapkan bahagian saya dalam penyediaan TAKWIM sekolah 2013 sebagai setiusaha kokurikulum. Tapi kerja dalam cuti kurang tekanan, masa ikut kita dan tak perlu fikir kelas nak mengajar.

Bercuti atau jalan-jalan bersama keluarga? biasanya saya cari bukan waktu cuti sekolah kerana isteri saya bukan guru dan harga penginapan biasanya lebih murah pada hujung minggu bukan cuti sekolah.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

6 MAKLUM BALAS: Aktiviti cuti sekolah

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu