About Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

PT3 ganti PBSMR ? penambahbaikan PBS

Berita yang pada saya cukup penting buat guru-guru sekolah menegah terutama yang sedang mengajar tingkatan 1,2 dan 3. PBSMR yang di umum mengantikan PMR pada tahun lalu kini akan di tukar kepada PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tanpa peperiksaan berpusat. Boleh baca petikan di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan PT3.

PT3 penambahbaikan PBS

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

TEKS PENUH  – KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kita tunggu dan lihat apa respon guru-guru terhadap penambahbaikan yang telah pun di buat. Pada pandangan saya nampak baik untuk guru tapi tidak pada pelajar.

Promosi cetak canvas murah

canvas murah

cetak canvas

promosi canvas

Lebih sebulan tak menulis di blog. Nampak gaya saya dah pun membuat keputusan untuk jadi blogger yang menulis bila perlu sahaja. Tak ada lagi 1 hari 1 entry seperti dulu. Tahun ini banyak perkara yang perlu saya fokus dan terpaksa pilih untuk kurangkan beberapa aktiviti.

Bukan sekadar blogging, editting custom album juga sekarang ini di ambil alih oleh isteri saya sepenuhnya. Promosi cetak canvas ini juga merupakan hasil usaha isteri saya. Sebenarnya bukan sekadar canvas, kami juga menerima tempahan untuk cetakan bingkai (frame) tanpa kaca dan photobook.

Harga untuk canvas ini boleh berhubung dengan Nurulhuda di facebook cmratu sendiri atau whatapps 0174079302.

Gambar hari gotong royong perdana 2014 SMKRTU

Dah makin kurang menulis, nak fokus upload gambar ja sekarang ni. Dah nak basi gambar-gambar dalam simpanan ni. InsyaAllah ada ja masa akan cuba upload mana yang mampu. Jadi mula dengan program sekolah awal tahun, gotong royong perdana.

DSC_0003

DSC_0006

DSC_0015

DSC_0017

DSC_0019

DSC_0020

DSC_0025

DSC_0026

DSC_0027

DSC_0028

DSC_0037

DSC_0068Program ini dijalankan pada 11 Januari 2014 dari jam 8.00pagi hingga 12.30tengah hari. Program yang memberi fokus kepada menghijaukan kawasan sekolah dengan tanaman-tanaman hiasan dan mencantikkan kelas berjalan dengan lancar.

 

Gaya puteri #fotobesar

1782385_10201522968455575_849444247_oSampai kecil mata Damia Maisarah bila senyum. Bukan senang nak dapat ambil gambar Damia Maisarah yang sekarang ni tak suka nak bergambar, ini kira candid, bukan dia betul-betul pose depan kamera.

Punya nak sama dengan princess dalam baju sangup tak tanggal crown yang di buat di tadika.

 

Bergambar bersama Hafiz Hamidum

Terima kasih buat En. Imran Idris dari Halal Penang dan Sirmart (salah seorang sifu fotografi saya) yang memberi peluang kepada saya. Saya jenis yang segan nak bergambar dengan artis atau orang-orang terkenal, cukup gambar yang saya rakam membuktikan saya ada di tempat kejadian.

1655974_10203311319807932_1614358498_n

Harap lepas ni ada peluang lagi untuk rakam majlis rasmi sebegini.

Gamat Asli

Untuk bulan Februari 2014, jurugambar perkahiwnan gambaq.com agak kurang tugasan fotografi perkahwinan maka saya mencari inisetif lain untuk menambah pendapatan. Saya memilih untuk menjual produk gamat asli yang telah terbukti mampu menyembuhkan banyak penyakit dengan izin Allah. Produk ini di perkenalkan oleh rakan sekelas saya semasa di Mahaad  Dr. Huzaifah Mat Jan yang sekarang berkhidmat sebagai doktor perubatan di klinik kesihatan kerajaan. Beliau ceritakan pengalaman bagaimana berkesannya produk ini terutamanya bagi penyakit yang melibatkan penyembuhan seperti luka dan penyakit kulit. Dari itu saya tertarik untuk menjadi agen menjual produk gamat asli ini.

Khasiat GAMAT Asli

gamat asli malaysia

gamat asliSebab saya ni jurugambar maka produk pun saya shoot sendiri ja, walaupun banyak lagi gambar yang lebih cantik di internet. Buat masa ini stock yang ada pada saya amat terhad, insyaAllah stock baru akan sampai minggu hadapan kerana kilang akan buka semula esok (5 Februari 2014) sempena cuti tahun baru cina.

Saya telah pun mencuba sendiri produk ini dari segi rasa, ianya tidak mempunyai rasa seperti air gamat yang kurang enak. InsyaAllah saya akan amalkan pengambilan gamat ini setiap hari.

Produk ini merupakan produk muslim namun begitu ianya di bungkus atas tujuan eksport ke Taiwan dan Singapura. Harga produk ini juga pada saya cukup berpatutan dan antara yang termurah bagi Gamat Asli iaitu RM73.00 bagi sebotol 500ml (boleh makan 2 bulan). Kepada mereka yang berminat boleh hubunggi saya Muktasim (MUS) 0125940302.

Alang-alang dah pakai template Fotobesar, biar BESAR baru jelas mata yang memandang.

 

Pengalaman baru – gambar konsert

Alhamdulillah sabtu yang lepas saya di beri peluang untuk besama-sama rakan photograher penang flickr untuk merakam gambar Konsert Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun di SPICE Arena, Penang. Satu pengalaman baru yang mengajar saya bahawa banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perlu banyak latihan untuk jadi lebih baik dalam bidang fotografi ini.

Rupanya bukan semudah yang di sangka, saya sangat tidak berpuas hati dengan hasil kali ini. Cukup mengecewakan, dan berharap ada peluang lagi selepas ini untuk merakam gambar konsert supaya dapat menebus kesilapan saya pada konsert ini.

Ini sahaja yang termampu dari saya.

GBQ_2454

GBQ_2500

GBQ_2530

GBQ_2587

GBQ_2661

GBQ_2686

slide13

POSTMORTEM untuk diri sendiri – Masalah utama saya lens 85mm agak terhad. Kemudian memori kad semasa konsert ini dah tak banyak kosong sebab saya terus bergerak ke SPICE Arena sebaik sahaja selesai mengambil gambar Majlis Akikah dan tak sempat untuk transfer gambar ke komputer terlebih dahulu jadi tak banyak gambar saya shoot RAW. Kemudian saya gagal menjaga speed dan ISO yang sesuai, banyak gambar yang kurang sharp (dalam kamera tak zoom nampak sharp) dan ada yang fokus kena pada baju, tangan dan lain-lain tetapi tidak pada muka. Kesimpulanya jadi jurugambar perkahwinan masih lebih mudah berbanding jurugambar konsert.

WTS AF-S Nikkor 35mm f1.8G (SOLD)

Nak jual AF-S Nikkor 35mm f1.8G tahun 2009. Luaran 5/10 tetapi masih berfungsi dengan sangat baik, tidak ada fungus (di simpan dalam dry cabinet).
Tujuan jual – dah jarang guna dan DX lens kurang sesuai untuk body FX.
Lens ini boleh Auto Fokus pada kamera DSLR Nikon yang tiada moto seperti D40, D60, D3000. D3100. D3200. D5000. D5100, D5200
Jualan termasuk :
1. Lens 35mm f1.8G DX
2. Original lens Hood HB-46
3. Penutup belakang lens
4. Filter 52mm

Tiada kotak dan penutup hadapan lens.

HARGA = RM500.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran jika luar dari Pulau Pinang)

Boleh hubungi – Mohd Muktasim 0125940302 | whatapps 0173270302

DSC_0174

DSC_0176

DSC_0182

DSC_0184

gambaq

Yang bawah ni pula bukan untuk dijual cuma nak kongsi hasil dari lens AF-S Nikkor 35mm f1.8G ini dengan menggunakan kamera Nikon D90. Saya tukar lens selepas selesai snap gambar-gambar di atas. F1.8 masih berfungsi dengan sangat baik, sharpness sangat baik.

DSC_0185

DSC_0187

DSC_0189

zoom

 

Gambaq.com jenama baru

Masih belum siap sepenuhnya tetapi saya sudah mulakan promosi untuk orang ramai lebih kenal gambaq.com pada masa akan datang terutamnya di kalangan bakal pengantin di sekitar utara semenanjung. Watermark juga terlah saya tukar sejak awal Januari 2014 sebagai promosi untuk jenama baru ini.

InsyaAllah semoga segala perancangan yang di buat untuk tahun 2014 akan berjaya. Pakej fotografi perkahwinan 2014 makin mendapat sambutan malah telah ada yang membuat tempahan untuk bulan November 2014. Namun begitu masih banyak lagi tarikh-tarikh yang boleh di buat tempahan kerana gambaq.com mempunyai 3 orang jurugambar utama.

jurugambar perkahwinan 2014

Jurugambar Perkahwinan