logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Azam tahun baru 2013

Uncategorized | 31 Dec 2012 | 7

Dapat idea dari satu post di facebook rakan. “Azam tahun 2013 adalah menyelesaikan azam 2012 yang tertanguh dari 2011” nampak gayanya ada juga kebenaran bagi beberapa azam yang nampak masih gagal. Mungkin tak cukup berani atau motivasi. Apa pun kebanyakan azam 2012 dan wishlist telah pun berjaya di penuhi. Untuk 2013 ini saya kan mula dengan mencari motivasi diri dari mentor no 1 ┬áMalaysia, Dr Azizan Osman dalam seminar BERANI 2013 pada Januari ini.

Saya dah buat keputusan untuk berhenti fikir mengenai kamera ‘full frame’ Nikon D600 buat masa ini. Mendapat motivasi dari rakan jurugambar yang menjalankan tugasan jurugambar perkahwinan hanya dengan menggunakan kamera DX tapi hasil cukup hebat. Yang penting adalah ilmu dan pengalaman. Jadi wish list tahun 2013 yang pertama adalah Lens 17-55mm f2.8 Nikkor. Harga pasaran RM4850.00.

Kemudian fokus pada benda lain yang terpaksa di rahsiakan. Bila dah daftar syarikat ni tak bermakna saya akan beri tumpuan 100% atau lebih berbandaing tugas lain. Syarikat yang di daftar tetap adalah kerja sampingan. Saya tetap akan cuba sedaya upaya saya lebihkan tugas sebgai guru berbanding yang lain termasuk sebagai pelajar PJJ.

Untuk blog pula, cukup sekadar satu post sehari dan masih menanti PR dari google untuk blog ni. Dan laman web cmratu.com masih dalam penambahbaikan dan dalam proses penukaran hosting. Insyallah dalam 5-7 hari akan selesai masalah di cmratu.com. Sekarang sedang bagi tumpuan pada keyword PPPM yang juga meruapakan antara penyumbang utama dari google ke blog ini. Pakej jurugambar perkahwinan dari cmratu fotografi juga semakin mendapat perhatian.

Selamat tahun baru buat semua. Semoga mencapai azam tahun 2012 dan siap sedia dengan azam yang lebih mencabar untuk tahun ini.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

7 MAKLUM BALAS: Azam tahun baru 2013

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu