logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna

Uncategorized | 15 Dec 2012 | 9

Pernah tak dengar ” Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna” ? Kalau yang pernah tengok filem Soal Hati lakonan Erra Fazira dan Afdlin Shauki mesti pernah dengar. Mimpi dalam maksud yang lebih mudah faham adalah IMPIAN. Dan dalam filem ini juga Afdlin Shauki ada sebut “Jangan Terbang Terlalu Tinggi Kalau Jatuh Akan Lebih Parah”. Walaupun cerita ini semasa saya tingkatan 3 tapi saya masih ingat dan pegang kedua-dua falsafah ini (sesuai ke falsafah?). Kedua-duanya ada positif dan negetif terpulang kepada kita yang memikirkannya. Kalau di fikir negetif maka negetiflah ia.

Jujur saya seorang yang penakut, sebab tu saya pilih “Jangan Terbang Terlalu Tinggi Kalau Jatuh Akan Lebih Parah” dalam mengharungi hidup ini dari zaman sekolah lagi. Saya tak pernah letakan sasaran yang tinggi dalam PMR, SPM dan macam2 lagi. Kerana saya takut jatuh, tapi saya tidak terlalu negetif, sebab walaupun sasaran saya rendah usaha saya lebih dari apa yang saya sasarkan dan keputusanya selalu lebih dari sasaran. Dan hari ini saya sedar saya silap kerana sepatutnya saya perlu jadi BERANI, meletakkan sasaran yang tinggi dan berusaha lebih dari apa yang disasarkan.

Jadi saya telah buat keputusan untuk tahun 2013 saya akan jadi lebih berani.  Jom sertai BERANI 2013 seluruh negara. Saya hari pertama lancar dah daftarkan diri PERCUMA ja. Ada yang kata macam-macam kepada Dr. Azizan Osman, tapi pada saya dia dah pun buktikan yang program yang di buat beliau menghasilkan ramai orang-orang hebat malah jutawan pun ada.

BERANI 2013

Jom kita jadi berani, jangan pandang belakang lagi, daftarkan diri segera. Ini bukan iklan berbayar tapi rasa ingin berkogsi sesuatu yang baik. Saya dah pun terima SMS untuk BERANI 2013 di Penang Januari nanti.

Kalau berani KLIK G+ di Pakej jurugambar perkahwinan 2013. Hehe berani ke kawan-kawan?

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

9 MAKLUM BALAS: Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna

Balas komen akubiomed Batal

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu