logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Bermula cuti sekolah

FotoBesar » fotografi » Pendidikan | 18 Nov 2013 | 7

Alhamdulillah dah mula cuti sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah kecuali pelajar SPM dan STPM (yang menggulang sahaja) dan STPM bagi penggal 1 (tingkatan 6 bawah). Cikgu pula masih ramai yang belum bercuti bagi menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Termasuklah saya sendiri. Hari ini berada di sekolah untuk siapakan kerja-kerja yang belum di siapkan.

Paling kasihan guru-guru yang belum selesai mengisi markah PBS pelajar. Saya amat berharap PBS di mansuhkan kerana saya nampak banyak kelemahan walaupun PBS menguntungkan guru-guru Kemahiran Hidup macam saya ni. Tapi saya sanggup rugi daripada merugikan ganerasi akan datang yang bakal memimpin negara. PBS bukanlah keseluruhanya teruk tetapi perlukan penambahbaikan lagi. Pada saya penghapusan PMR bukanlah jalan yang baik.

Alhamdulillah NUTP juga telah bersuara dan ada NGO di facebook (Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan) yang menentang pelaksanaan PBS. Mungkin PBS akan diteruskan tetapi kerja-kerja menentang pelaksanaan ini merupakan sesuatu yang positif supaya KPM sedar tentang kelemahan yang ada dan menambahbaik pelaksanaannya.

Upload sekeping lagi gambar outing Click Town Kopitiam dan Ratu Bridal Gallery, Sabtu baru ni di Bukit Bendera.

click town outing

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

7 MAKLUM BALAS: Bermula cuti sekolah

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu