logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Bokeh Nikkor 35mm f1.8

fotografi » Uncategorized | 21 Nov 2012 | 10

Lens Nikkor 35mm f1.8 merupakan lens paling lama ada dalam simpanan saya. Saya beli pada awal tahun 2009, merupakan lens ke dua saya selepas kit lens 18-55mm yang di beli bersama body kamera Nikon D40. Masa tu belum ada 50mm f1.8 AF-S (ada motor) jadi beli lens ni sebab ada motor dan boleh di gunakan bersama body D40. Dah lebih 3 tahun bersama lens ni, memang tak di nafikan kualitinya sangat-sangat berbaloi dengan harganya yang cukup murah jika nak di bandingkan dengan lens-lens keluaran Nikon yang lain.

Ini merupakan hasil terbaru (18.11.2012) Nikon D90 + Nikkor 35mm f1.8 (Exif data : ISO 1000, 1/200sec, f1.8)

Simple edit di photoshop tanpa menaikkan sharp pada gambar, sharp dan bokeh adalah original dari kamera cuma tone menggunkan Photoshop Action. Sharpness dan bokeh dari lens Nikkor 35mm f1.8 ini memang tidak mengecewakan saya. Cuma untuk subjek yang bergerak saya lebih selesa naikkan aperture kepada f2.8 atau lebih demi memastikan gambar sharp.

2012 tahunku yang kacak bila masih ada lens ini dalam simpanan. Cuma sebagai jurugambar perkahwinan utama, saya lebih banyak menggunakan wide lens dan nikkor 35mm f1.8 banyak digunakan oleh isteri saya sebagai jurugambar kedua.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

10 MAKLUM BALAS: Bokeh Nikkor 35mm f1.8

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu