Bolehkah kembali menjadi blogger?

Persoalan yang sedang bermain di minda setelah lebih dari 6 bulan meningglkan dunia blog. Hari ini tekad untuk mula menulis kembali demi mendpatkan mood menulis semula. Saya sekarang di tugaskan untuk update semua aktiviti sekolah dan aktiviti akan datang di www.smkrtu.edu.my , alhamdulillah setelah mendapat tunjuk ajar dari Jom Training untuk menghasilkan laman web ala koprat menggunakan wordpress. Memang banyak ilmu yang saya perolehi dari kelas pembinaan laman web secara formal pada 28 Ogos 2014 yang lalu di USM Pulau Pinang. Sebelum ini saya hanya blogging hanya menggunakan ilmu dari rakan-rakan blogger lain dan tamplate fotobesar yang cantik ini adalah dari tuan Azmanishak.
Bila buat keputusan untuk menulis semula maka saya pun semak Monthly history traffic blog muktasim.com ni. Walaupun bersawang blog ini masih lagi ada pengungjung, jadi saya simpulkan blog ini masih mesra SEO. Memang tak rugi untuk saya kekalkan blog ini dan terus menulis seperti dahulu. Sebenarnya ada cerita di sebalik berhentinya saya menulis, tetapi biarlah ianya rahsia dan menjadi pengalaman bermakna buat saya.
Untuk rakan blogger harap dapat doakan saya supaya mampu menulis semula seperti dulu. Bnayak yang saya pelajari dalam tempoh beberapa bulan tidak menulis blog ini. Pahit untuk di kenang tetapi yang pahit itulah ubat, dan akan saya gunakan pengalaman masa lalu ini untuk jadikan hidup saya lebih baik.. InsyaAllah..
Artikel Berkaitan:
- Pakej Baru Harga Lama untuk 2015
- apa itu PBSMR?
- Minyak bakal naik lagi?
- Suprima S vs Toyota Vios 2013 (G)
- Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Disember 2013
Sudah ada pengetahuan tinggal untuk ide menulis sahaja lagi.
Saya sudah pun pergi melihat website smkrtu ini. Boleh tahan isinya. Kalau ada masa betulkan permalink supaya ada unsur SEO.
thanks sudi melawat dan beri pandangan.. banyak lagi nak kena betulkan.. hehe
muktasim recently posted…Bolehkah kembali menjadi blogger?
Semoga berjaya ya bro lama tak update nampaknya
Khairul Zamri recently posted…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
hoho..boleh je.
nak atau tak nak aje.
titan recently posted…Lelaki Handsome ini menulis dan MAINTAIN 300 blog setiap tahun. Bagaimana dia lakukannya dengan GAGAH sekali?