logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Bolehkah kembali menjadi blogger?

Uncategorized | 25 Sep 2014 | 5

Persoalan yang sedang bermain di minda setelah lebih dari 6 bulan meningglkan dunia blog. Hari ini tekad untuk mula menulis kembali demi mendpatkan mood menulis semula. Saya sekarang di tugaskan untuk update semua aktiviti sekolah dan aktiviti akan datang di www.smkrtu.edu.my , alhamdulillah setelah mendapat tunjuk ajar dari Jom Training untuk menghasilkan laman web ala koprat menggunakan wordpress. Memang banyak ilmu yang saya perolehi dari kelas pembinaan laman web secara formal pada 28 Ogos 2014 yang lalu di USM Pulau Pinang. Sebelum ini saya hanya blogging hanya menggunakan ilmu dari rakan-rakan blogger lain dan tamplate fotobesar yang cantik ini adalah dari tuan Azmanishak.

Bila buat keputusan untuk menulis semula maka saya pun semak Monthly history traffic blog muktasim.com ni. Walaupun bersawang blog ini masih lagi ada pengungjung, jadi saya simpulkan blog ini masih mesra SEO. Memang tak rugi untuk saya kekalkan blog ini dan terus menulis seperti dahulu. Sebenarnya ada cerita di sebalik berhentinya saya menulis, tetapi biarlah ianya rahsia dan menjadi pengalaman bermakna buat saya.

trafic

 

Untuk rakan blogger harap dapat doakan saya supaya mampu menulis semula seperti dulu. Bnayak yang saya pelajari dalam tempoh beberapa bulan tidak menulis blog ini. Pahit untuk di kenang tetapi yang pahit itulah ubat, dan akan saya gunakan pengalaman masa lalu ini untuk jadikan hidup saya lebih baik.. InsyaAllah..

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

5 MAKLUM BALAS: Bolehkah kembali menjadi blogger?

Balas komen akubiomed Batal

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu