PT3 ganti PBSMR ? penambahbaikan PBS

Berita yang pada saya cukup penting buat guru-guru sekolah menegah terutama yang sedang mengajar tingkatan 1,2 dan 3. PBSMR yang di umum mengantikan PMR pada tahun lalu kini akan di tukar kepada PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tanpa peperiksaan berpusat. Boleh baca petikan di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan PT3.

PT3 penambahbaikan PBS

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

TEKS PENUH  – KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kita tunggu dan lihat apa respon guru-guru terhadap penambahbaikan yang telah pun di buat. Pada pandangan saya nampak baik untuk guru tapi tidak pada pelajar.

Gambar Malam Cinta Rasul, Surau Al-Barakah

Pada 14 Jan yang lalu, sempena sambutan maulidul rasul, Surau Al-Barakah, Halaman Kenanga bersama Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KR1M) telah menganjurkan program ‘Malam Cinta Rasul’ di Surau Al-Barakah, Halaman Kenanga. Alhamdulillah, sambutan agak baik walaupun tidak mencapai sasaran. Ini merupakan program terbesar pernah di anjur oleh Surau Al-Barakah, Halaman Kenanga. Semoga ianya menjadi permulaan yang baik untuk terus istiqamah dalam menjadikan surau/masjid sebagai pusat kesatuan ummah tidak kira latar belakang pendidikan mahupun perbezaan politik.

Majlis bermula sekitar jam 6.00 petang dengan ketibaan para tetamu dan VIP. Kemudian solat mahgrib berjemaah. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Musaib (Imam Surau Al-Barakah, Halaman Kenanga) di ikuti dengan ucapan dari jemputan khas Tuan Ir. Mansor Bin Musa selaku Pengerusi Koperasi Tunas Muda dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru. Kemudian diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran (qirati taranum) dari pelajar-pelajar tahfiz Al-Quran. Selepas itu di teruskan dengan ceramah maulidul rasul yang cukup memberi kesan oleh Ustaz Mohd Anuar Bin Mohd Ibrahim dan di akhiri dengan persembahan qasidah dari kumpulan Ar-rayyan.

Saya merakam video untuk majlis ini. Jadi tidak begitu banyak gambar yang di ambil. Semua gambar ini di rakam dengan mengunakan Nikon D600. Semua gambar indoor menggunakan ISO 2500.

GBQ_0353

GBQ_0368

GBQ_0378

GBQ_0387

GBQ_0391

GBQ_0399

GBQ_0402

GBQ_0406

GBQ_0419

GBQ_0420

GBQ_0430

GBQ_0432

GBQ_0443

GBQ_0447

GBQ_0450

GBQ_0455

 

Kenaikan tarif elektrik tidak libatkan semua

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu, kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari 2014 sebenarnya tidak melibatkan semua kerana kenaikan yang di sebut hanya untuk pengguna 300kWj dan lebih sebulan. Jadi yang mana biasa guna bawah 300kWj sebulan tak perlu risau tentang kenaikan tarif elektrik. Yang mana biasa bayar RM77.00 kebawah tak perlu risau, dan yang hampir-hampir kena berhati-hati, macam saya biasa bayar rm25.00 – rm30.00 (selepas berhenti guna aircond).

TETAPI… tetap akan terkesan dengan kenaikan ini kerana pasti akan melibatkan kenaikan harga barang. Sama seperti petrol, elektrik juga merupakan keperluan asas. Kenaikan tarif kali ini turut melibatkan tarif bagi komarsial dan industri, jadi cukup jelas ianya pasti memberi kesan kenaikan harga barang. Bayangkan kilang yang beroperasi 24 jam akan menangung kenaikan ini. Tak tahu apa pula akan naik selepas ini, inikah hadiah pilihanraya Janji di tepati oleh Barisan Nasional?

Contest SEO Eridy

Kita terpaksa akur dan bersabar dalam semua yang berlaku, dalam masa yang sama kita sendiri perlu berusaha untuk baiki nasib diri dan keluarga, berjimat dan cari jalan tambah pendapatan. InsyaAllah pakej jurugambar perkahwinan 2014 tak naik pun. 2015 nanti insyaAllah naik sikit.

Bonus Penjawat Awam di bayar 2 Januari 2014

Bonus setengah bulan gaji penjawat awam seperti mana yang di umumkan oleh PM pada belanjawan 2014 Oktober lalu akan mula di bayar pada 2 Januari 2014 berdasarkan perkeliling perkhidmatan bilangan 37 tahun 2013.  Pada saya tarikh yang sangat sesuai memandangkan gaji bagi bulan Disember di bayar awal iaitu pada 18 Disember 2013. Banyak urusan kewangan yang memerlukan belanja yang banyak pada awal setiap tahun. Persiapan anak-anak kesekolah dan pelbagai lagi.

bonus januari 2014

 

 

bonus 2014

Saya baru sahaja daftarkan Damia Maisarah ke tadika Iman Ehsan untuk tahun 2014, yuran pendaftaran termasuk baju, buku dan beg RM900.00. Antara yang paling murah saya jumpa. Kalau seorang dah rm900 bayangkan rakan-rakan yang anak ramai berapa perlu sediakan setiap awal tahun.

Jadi yang mana layak BR1M mohonlah, semoga dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan. Pemberian wang rm100 kepada setiap pelajar sekolah juga masih belum di beri, untuk tahun 2013 di beri pada November 2012, tetapi untuk tahun 2014 belum dapat sebarang berita, mungkin juga pada Januari 2014.

 

BR1M 2014 3.0

Dengar kata borang BR1M 2014 atau BR1M 3.0 boleh mula di isi secara online atau offline pada Disember 2013. Saya tak pernah memohon BR1M sebelum ini kerana tak cukup syarat, tetapi berdasarkan belanjawan 2014 baru-baru ini perubahan yang di lakukan memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan sederhana seperti saya untuk turut terima BR1M.

InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana, tak salah mencuba. Sama-sama kita terus menanti pengumuman berkaitan BR1M 2014. Walaupun jumlah yang diumumkan kurang dari yang dijanjikan kita sebagai rakyat perlu bersyukur dan terima seadanya, kerana kita yang memilih kerajaan pada PRU13. Pilihanraya dah berlalu terimalah dengan seadanya, kalau rasa tak puas hati tunggu 5 tahun lagi pada PRU14. Jangan nafikan hak orang lain untuk memilih, kalau kita rasa mereka tidak faham, cuba fahamkan mereka tak perlu lebal mereka itu dan ini.

BR1M 2014 3.0

 

Pada saya BR1M banyak memberi manfaat kepada rakyat terutama yang susah. Bagi mereka RM500 yang di terima dahulu amat besar maknanya. Lainlah bagi yang berpendapatan sederhana dan tinggi, RM500 nak tukar tayar kereta pun tak lepas. Jadi janganlah kita merungut tapi terus cari jalan untuk tambah pendapatan dan lebih berjimat untuk hidup yang lebih baik.

Adakah janji di tepati? Budjet 2014

manifesto bn

Adakah janji di tepati? Inilah persoalan yang pasti timbul bila melihat belanjawan 2014 semalam. Kita mengharapkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi pada PRU 13 Mei lalu dapat menunaikan janji sesuai dengan selogan hari kebangsaan ke55 ‘Janji di tepati’ tetapi nampaknya kerajaan Barisan Nasional belum mampu melaksanakannya mungkin disebabkan kekangan kewangan dan juga keadaan ekonomi semasa.

Apa pun kita harapkan segala yang kerajaan rancang dalam belanjawan 2014 bukanlah sesuatu yang sia-sia dan akan memberi manfaat kepada negara juga kepada rakyat khasnya.

Pelaksanaan GST April 2015 pula, saya lihat adalah untuk memberi ruang rakyat memahami fungsinya dan dalam tempoh ini kerajaan dapat merangka perjalanan bagi melancarkan lagi perjalanan GST. Setiap apa pun pasti ada baik dan buruknya. Semoga ianya tidak terlalu membebankan rakyat dalam membantu ekonomi Negara.

TEKS PENUH BELANJAWAN 2014

PR2 Blog Tak Sampai 2 Bulan

Alhamdulillah, tak sangka pagi tadi bangun sahur buka Facebook Cikgu Nazir pemilik blog anakdunia.com juga merupakan sifu saya yang banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia blog ini menghantar mesej yang blog PR Dunia CMRatu telah naik ke PR2 dari PR0 sebelum ini. Saya pun tak pasti bila naik PR1. Saya mula menulis dalam blog ini pada 8 Jun 2011 iaitu entry pertama saya Salam Perkenalan.. dan hari ini 5 Ogos 2011 bermakna belum pun genap 2 Bulan saya menulis blog. Tak sangka dengan jumlah visitor tidak sampai 10,000 dan rangking Alexa 1,560,993 bagi global rank dan 4,724 bagi Malaysia rank, blog ini boleh berada di PR2. 
Saya pun tak pasti apa tips untuk naikkan pagerank, cuma saya banyak membaca dan ikut mana yang mampu. Antara blog yang pernuh dengan infomarsi dan menjadi blog pilihan saya untuk membaca tutorial berkaitan blog adalah blog Shakiddo dan blog Wancikgumuzik. Klik SINI kalau nak menang hadiah..

Video Larian 1 Murid 1 Sukan

Hari ini nak kongsi Video Larian (1 Murid 1 Sukan) serentak satu Malaysia pada 2 Julai 2011, yang berlansung di SMK Raja Tun Uda.

Tapi kualiti hasil orang yang merakam video ini sangat mengecewakan.. pening tengok bergoyang-goyang.. saya berjanji dengan diri sendiri untuk terus belajar bagi memperbaiki diri.. Saya minta maaf kalau ada yang pening tgk gambar bergoyang-goyang.. : p

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Semalam (2 Julai 2011) telah berlansung larian 1M1S1M serentak seluruh negara. Jadi SMK Raja Tun Uda juga tidak ketinggalan. Tepat jam 7.45pagi para pelajar dan guru berlari 4 pusingan padang 400m x 4 = 1600m atau 1.6km. Saya tak lari la sebab bertugas untuk merakam peristiwa ini dan perlu menghantar dokumentasi dalam bentuk video dan gambar ke KPM sebelum 10 Julai 2011.

Ini antara video dan gambar semalam… semuanya belum diedit lagi.. tunggu post seterusnya untuk video yang telah diedit..

Guru-guru lelaki bersama banner larian..

Cabutan bertuah selepas tamat larian, hadiah utama TV LCD 24″ 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali.. dari 100 hadiah cabutan bertuah saya tak dapat apa-apa pun.. hehe.. tak ada rezeki tahun ini.. Majulah sukan untuk semua..