Pengalaman baru – gambar konsert

Alhamdulillah sabtu yang lepas saya di beri peluang untuk besama-sama rakan photograher penang flickr untuk merakam gambar Konsert Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun di SPICE Arena, Penang. Satu pengalaman baru yang mengajar saya bahawa banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perlu banyak latihan untuk jadi lebih baik dalam bidang fotografi ini.

Rupanya bukan semudah yang di sangka, saya sangat tidak berpuas hati dengan hasil kali ini. Cukup mengecewakan, dan berharap ada peluang lagi selepas ini untuk merakam gambar konsert supaya dapat menebus kesilapan saya pada konsert ini.

Ini sahaja yang termampu dari saya.

GBQ_2454

GBQ_2500

GBQ_2530

GBQ_2587

GBQ_2661

GBQ_2686

slide13

POSTMORTEM untuk diri sendiri – Masalah utama saya lens 85mm agak terhad. Kemudian memori kad semasa konsert ini dah tak banyak kosong sebab saya terus bergerak ke SPICE Arena sebaik sahaja selesai mengambil gambar Majlis Akikah dan tak sempat untuk transfer gambar ke komputer terlebih dahulu jadi tak banyak gambar saya shoot RAW. Kemudian saya gagal menjaga speed dan ISO yang sesuai, banyak gambar yang kurang sharp (dalam kamera tak zoom nampak sharp) dan ada yang fokus kena pada baju, tangan dan lain-lain tetapi tidak pada muka. Kesimpulanya jadi jurugambar perkahwinan masih lebih mudah berbanding jurugambar konsert.

Gambaq.com jenama baru

Masih belum siap sepenuhnya tetapi saya sudah mulakan promosi untuk orang ramai lebih kenal gambaq.com pada masa akan datang terutamnya di kalangan bakal pengantin di sekitar utara semenanjung. Watermark juga terlah saya tukar sejak awal Januari 2014 sebagai promosi untuk jenama baru ini.

InsyaAllah semoga segala perancangan yang di buat untuk tahun 2014 akan berjaya. Pakej fotografi perkahwinan 2014 makin mendapat sambutan malah telah ada yang membuat tempahan untuk bulan November 2014. Namun begitu masih banyak lagi tarikh-tarikh yang boleh di buat tempahan kerana gambaq.com mempunyai 3 orang jurugambar utama.

jurugambar perkahwinan 2014

Jurugambar Perkahwinan

Gadis harimau malaya #fotobesar

Gadis ke? Tahun 2014 ni Damia Maisarah dah pun masuk 4 tahun. Dah masuk tadika, tapi tadika umur 4 tahun ni tak banyak belajar cuma nak biasakan damia dengan suasana tadika dan nak dia pandai bergaul dengan rakan sebaya. Bukan mudah nak dapat gambar sharp, tambahan pula dia lari kehadapan. Dapat juga sekeping yang sharp dan penuh emosi, suka sangat gambar ni.

harimau malaya 2014

Gambar ini di rakam dengan mengunakan Nikon D600 85mm f1.8D, speed 1/1600, f2.8, ISO 400. Hari ini akan mengambil gambar sepupu nikah di Jawi, Penang. Tugasan jurugambar perkahwinan kedua untuk tahun 2014. Semoga dapat buat yang terbaik. Kamera D7000 masih berada ni Nikon Service Center. Tukar shutter baru kena RM550. Harap boleh siap cepat sebab nak trade in body tu dengan lens baru yang sesuai dengan D600.

 

Blog akan kembali aktif

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga menulis semula di blog ini. Saya ada beritahu isteri kalau tengok saya tak tulis blog sehari maksudnya saya agak tertekan dengan masa, memang tak dinafikan saya sangat sibuk pada Disember 2013 dan selepas buka sekolah 2 minggu yang lalu. Hari ini saya rasa kembali tenang dan pengurusan masa kembali terkawal.

Walaubagaimanapun masih masih banyak urusan yang belum selesai sepenuhnya termasuk hal sekolah dan tugasan sebagai jurugambar perkahwinan. Mujurlah saya mempunyai isteri yang cukup memahami dan banyak membantu saya.

Banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ini, kamera D7000 perlu ditukar shutter dengan harga RM550, kemudian monitor desktop di rumah pula saya hantar claim warranty sebab rosak, moto wave 125 saya baru selesai overhaul engin sebab minyak hitam licking. Banyak kena keluar duit di ketika banyak menerima duit, alhamdulillah Allah maha mengetahui keperluan hambanya.

Gambaq.com pula merupakan rebranding dari cmratu fotografi yang belum dapat beroperasi seperti mana yang di rangka oleh saya san isteri. InsyaAllah ianya akan di lakukan secara berperingkat.

GBQ_0340E

 

Kongsi gambar hasil dari kamera baru Nikon D600 dengan lens nikkor 85mm f1.8D. Memang sangat puas hati dengan hasil dari kamera full frame ni.

Selamat datang 2014

Bertuah sangat semalam dapat berjump  dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI) walaupun tak sempat nak join outing fotografi dari awal. Kemudian sebelah malam pula walaupun tak lama dapat juga dengar amat dari DrMAZA di Masjid Al-Huda Sg. Ara. Tak sabar nak tunggu video penuh dari PROmediaTAJDID untuk forum Perdana semalam. Alahmdulillah Pulau Pinang banyak di hiasi program-program ilmiah keagamaan di malam tahun baru bagi menarik minat umat islam dari menghadiri program-program yang sia-sia dan melalaikan.

Azam tahun 2013 masih belum tercapai tetapi sasaran 2014 pula yang di dahulukan. Minggu lepas terpaksa juga beli kamera D600 bagi menggantikan kamera D7000 yang rosak dan masih berada di service senter Nikon. Sepatutnya tahun 2014 baru cari budjet untuk kamera Full Frame. Apa pun alhamdulillah pencapaian Jurugambar Perkahwinan cmratu.com melepasi sasaran 2013 dan telah tingkatkan lagi sasaran untuk 2014. Rebranding juga masih dalam proses dan laman web www.gambaq.com masih dalam penyelengaraan.

Potrait di bawah ini hasil dari Nikon D600 + Nikkor 85mm f1.8D. Yang mana ikut UAI pasti kenal wajah ini.

gambaq

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Semalam seorang lagi sahabat karib saya Abdul Fatah Ahmad, selamat melansungkan majlis perkahwinan di rumah sebelah lelaki. Masih ada lagi rakan-rakan yang membujang, belum sampai jodoh lagi. Semoga mereka di temukan jodoh yang terbaik secepat mungkin.

Pakej Jurugambar Perkahwinan

Dah lama tak upload fotobesar, jadi hari ini upload la sekeping.

CMR_8627EHari ini akan jalankan tugas jurugambar perkahwinan di Taiping, Perak pula. Semoga dapat jalankan tugas dengan baik hari ini. Dah masuk pertengahan bulan Disember, bermaksud ada 15 hari lagi untuk selesaikan azam tahun 2014. Alahamdulillah nampak semakin mampu laksanakan.

Azam 2015 juga telah pun dirancang bersama isteri dan akan usaha habis-habisan untuk pastikan ianya terlaksana. Kena yakin dan rancang dengan teliti jalan untuk mencapai apa yang dirancang.

Contest SEO Eridy pun akan tamat hujung bulan ini, maksudnya ada 15 hari lagi untuk para peserta cuba pelbagai cara melonjak blog masing-masing.

 

Rebranding jenama baru

Saya dan isteri bercadang untuk rebranding jenama cmratu fotografi (fotografi perkahwinan) dari syarikat MMDNH Enterprise kepada jenama baru yang nampak lebih baik dan mudah di sebut. Tetapi keputusan masih belum di buat masih di peringkat cadangan dan insyaAllah akan di usahakan dengan baik supaya tidak menjejaskan jenama asal yang pada saya sangat baik sekarang ini.

Pakej fotografi perkahwinan 2014

fotografi perkahwinan