Saiz gambar

Saiz gambar, saya sendiri pun tak tahu kenapa kalau di kedai gambar menggunakan istilah nombor + R. Kalau baca di Wikipedia, saiz ini merupakan saiz yang kebanyakkannya di jual. Gambar di bawah ni dalam ukuran sentimeter (cm).
Ini pula saiz dalam cm dan inci sehingga 30R.

3R = 8,89 x 12,7 cm = 3,5 x 5 in
4R = 10,16 x 15,24 cm = 4 x 6 in
5R = 12,7 x 17,78 cm = 5 x 7 in
6R = 15,2 × 20,3 cm = 6 × 8 in
8R = 20,32 x 25,4 cm = 8 x 10 in
S8R = 20,3 × 30,5 cm = 8 x 12 in
10R = 25,4 x 30,48 cm = 10 x 12 in
S10R = 25,4 × 38,1 cm = 10 × 15 in
11R = 27,9 × 35,6 cm = 11 × 14 in
S11R = 27,9 × 43,2 mm = 11 × 17 in
12R = 30,48 x 39,37 cm = 12 x 15,5 in
S12R = 30,5 × 46,5 cm = 12 × 18 in
16R = 40,64 x 50,8 cm = 16 x 20 in
20R = 50,8 x 60,96 cm = 20 x 24 in
24R = 60,96 x 80 cm = 24 x 31,5 in
30R = 75 x 100 cm = 30 x 40 in

Saya pula selalu print tak ikut saiz R tetapi mengikut ratio asal dari kamera iaitu 2:3 contohnya saiz 4R (4×6), S8R (8×12) dan S12R (12×18) untuk pakej jurugambar perkahwinan.

Sebab itu saya buat frame gambar terbaru dalam saiz 48in x 32in yang masih dalam ratio 2:3.

Frame Gambar Besar 48in x 32in

Pernah tak jumpa frame gambar saiz 4 kaki lebar? Boleh bayang tak beratnya dan berapa pula harganya? Saya memang dah lama idamkan gambar yang di print besar untuk di lekatkan di dinding ruang tamu ataupun di dalam bilik. Alahamdulillah tercapai juga hasrat nak merasa tengok gambar sendiri dalam frame yang besar. Rasa kurang sesuai di dalam ruang tamu maka saya gantungkan di dalam bilik.

Tapi frame ini tidak berat kerana tidak mempunyai kaca. Cuma gambar dan bingkai sahaja. Jadi lebih yakin untuk gantung di dinding.

Pemilihan gambar pula saya pilih gambar outdoor selepas majlis nikah 18 Disember 2009 kerana saya suka gambar ni. Kenapa tidak dengan anak? sebab nak berlaku adil manalah tahu ada rezeki Damia dapat adik pula kan tak adil tak ada dalam gambar. Kiranya ni pasang tak buka dah la. Harga pula, saya dapat harga yang lebih murah sebagai jurugambar perkahwinan.