Gambar pemandangan Masjid Tengah, Berapit, Bukit Mertajam yang telah di oleh menjadi HDR juga tidak saya lupa dah alang-alang tunggu pengantin tiba.

logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Dalam aku ada kamu

Hujung minggu kalau ada tugasan jurugambar perkahwinan memang sibuk la. Tak sempat nak update blog. Tapi ni curi masa juga sebab hari ini bukan majlis persandingan dan cuma majlis pernikahan. Semalam dalam perjalanan untuk mengambil gambar pernikahan di Masjid Tengah, Berapit, Bukit Mertajam, isteri saya ada sebut, yang kami ni dah kurang ambil gambar berdua, tak macam masa mula-mula kahwin dulu. 
Rasanya kebanyakan pasangan suami isteri pun sama jugakan? Tambah-tambah dah ada anak, mesti la ambil gambar dengan anak, nak gambar berdua tu jarang-jarang la. 
Kebetulan tiba awal di masjid, maka saya pun ambil peluang untuk ambil gambar berdua, cuma lain sikit kali ini, bukan bersebelahan tapi tetap berdua yang saya namakan “dalam aku ada kamu“..
Dalam aku ada kamu
Gambar pemandangan Masjid Tengah, Berapit, Bukit Mertajam yang telah di oleh menjadi HDR juga tidak saya lupa dah alang-alang tunggu pengantin tiba.
Dalam aku ada kamu
Insyallah kalau ada masa saya akan upload hasil gambar majlis pernikahan di masjid ini. Minggu hadapan akan tamat PMR dan bermula pula program selepas PMR bagi memastikan pelajar-pelajar tingkatan 3 terus hadir ke sekolah hingga tamat sesi persekolahan tahun 2012. Program selepas PMR satu lagi cabaran buat guru-guru tingkatan 3. 

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

SATU MAKLUMBALAS Dalam aku ada kamu

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu