Galaxy gear diharamkan dalam peperiksaan SPM dan STPM

Saya yakin ramai yang dah pun tahu tentang gadget terkini dari samsung yang di datangkan bersama-sama Galaxy Note 3 iaitu galaxy gear. Galaxy gear merupakan gadjet menyerupai jam tangan digital tetapi mempunyai fungsi kamera dan boleh di hantar ke Galaxy Note 3. Jadi para pelajar boleh merakam gambar soalan dan menghantar kepada mereka yang berada berhampiran dewan peperiksaan untuk bantuan.

Dalam taklimat pengawasan SPM dan STPM baru-baru ini, para pengawas diingatkan supaya memastikan para pelajar tidak menggunakan galaxy gear di dalam dewan peperiksaan. Mereka yang di tangkap menggunakan galaxy gear boleh di kenakan tindakan tatatertib atas budi bicara ketua pengawas.

Jadi para pengawas perlu tahu rupa galaxy gear supaya dapat mengesan penggunaanya.

Galaxy-Gear-008-Set1-Side_Six

galaxy gear

Pada saya bukan sahaja dalam peperiksaan SPM dan STPM tetapi penggunaan smartwatch seperti galaxy gear ini juga perlu diharamkan di bawa ke sekolah seperti mana pengharaman membawa telefon bimbit ke sekolah kerana boleh menggangu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

 

9 thoughts on “Galaxy gear diharamkan dalam peperiksaan SPM dan STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge