Kemudian semalam semasa dalam taklimat SPR (PRU 13 makin hampir) saya mendapat pangilan bahawa TV LED 3D 47in telah pun sampai di rumah. Jadi habis taklimat terus balik dan bergambar dengan TV tersebut. Cuma belum buka lagi sebab tak dapat buat keputusan antara nak guna atau nak jual. Kalau nak jual tak nak la buka lagi bungkusannya. Nak jual sayang tapi kalau jual boleh beli barang-barang keperluan yang lain. TV dah ada, tu pun tak tengok sangat TV. Rasanya tak sampai 5% masa saya dengan TV sehari. Beli DVD pun tak sempat nak tengok lagi. Lagi pun beli bluray 3D player ja dah RM1000 ++. 


logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Hadiah Dari Standard Chartered TV LED 3D 47in

Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah saya hanya Allah yang tahu. Tak sangka penyertaan Standard Chartered Year End Spend Period 1 Promotion  yang berlansung pada akhir tahun lalu dengan menghantar SMS sahaja. Pada Januari 2012 (tak ingat berapa haribulan) ada panggilan dari Standard Chartered dan membuat pengesahan dan menanyakan soalan mudah. Saya pun jawab sahaja soalan tersebut dan operator tersebut memberitahu jika saya menang saya boleh semak di lamanweb Standard Chartered mulai 28 Feb 2012. Dah alhamdulillah saya menerima SMS dari no yang sama berbunyi seperti dibawah.
Hadiah Dari Standard Chartered TV LED 3D 47in
Kemudian semalam semasa dalam taklimat SPR (PRU 13 makin hampir) saya mendapat pangilan bahawa TV LED 3D 47in telah pun sampai di rumah. Jadi habis taklimat terus balik dan bergambar dengan TV tersebut. Cuma belum buka lagi sebab tak dapat buat keputusan antara nak guna atau nak jual. Kalau nak jual tak nak la buka lagi bungkusannya. Nak jual sayang tapi kalau jual boleh beli barang-barang keperluan yang lain. TV dah ada, tu pun tak tengok sangat TV. Rasanya tak sampai 5% masa saya dengan TV sehari. Beli DVD pun tak sempat nak tengok lagi. Lagi pun beli bluray 3D player ja dah RM1000 ++. 
Hadiah Dari Standard Chartered TV LED 3D 47in
Apa pun terima kasih tak terhingga kepada Standard Chartered. Inilah satu-satunya contest SMS yang pernah saya masuk (sebab dah nak tamat tempoh tapi masih ada baki dalam fon) dan tak sangka pula memang TV idaman. Hampir 5 Tahun saya guna kad kredit Standart Chartered dan satu-satunya kad kredit yang saya ada. 
Saya percaya, setiap perbuatan baik dibalas baik dan setiap pemberian akan dibalas 10x ganda. Jadilah seperti blogger Denaihati yang berpegang pada kata-kata “hidupkan untuk memberi”. 
Kalau nak cuba memang hadiah juga boleh la Klik SINI.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

SATU MAKLUMBALAS Hadiah Dari Standard Chartered TV LED 3D 47in

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu