logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Inflasi naik mendadak

Uncategorized | 06 Sep 2013 | 2

Tak perlu rasanya saya ceritakan kesan kenaikan harga minyak yang nampak kecil 20sen/l. Minyak melibatkan semua perkara dalam kehidupan kita dan semua harga barang akan ikut naik. Kenaikan harga minyak lebih 10% ini akan memberi kesan 10% atau lebih terhadap setiap perkara. Maka tak mustahil inflasi juga naik lebih 10%.

Dalam hal ini semua akan merasa kesanya, tidak ada yang terlepas. Setiap rakyat Malaysia perlu makan dan minum untuk hidup maka mereka akan rasa kesan kenaikan ini tidak lama lagi (mungkin dah ada yang rasa).

Tahniah kepada pemimpin kerajaan BN yang berani menyahut cabaran mahu memotong elaun serta akan lebih berjimat dalam urusan melibatkan wang kerajaan  (wang rakyat). Pada saya ianya perlu dilakukan sebelum mengurangkan subsidi minyak lagi, kerana kesannya jarang di rasa oleh pemimpin-pemimpin yang makan minumnya sentiasa di tanggung, malah duit minyak kereta juga menggunakan duit kerajaan. Cuma mengharapkan mereka lebih prihatin kerana mereka di pilih rakyat untuk menyelesaikan permasalahan rakyat bukan menambah beban rakyat.

Nik Aziz senada dengan Dr M

KOTA BHARU- “Saya sokong saranan Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan kerajaan berjimat bagi menurunkan defisit negara.

Bekas Menteri Besar Kelantan yang kini masih menjalani rawatan susulan berkata, berjimat bukan hanya kerana defisit naik atau kerana perbelanjaan meningkat tetapi kerana ia suruhan agama.

“Ia (saranan) bagus namun agak lewat tetapi lewat itu lebih baik daripada langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip better late then never (biar lambat asalkan dapat dibuat). Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam,” katanya, semalam.

Tun Dr Mahathir yang mengulas peningkatan harga minyak yang diumumkan kerajaan berkata, dengan penjimatan itu, kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

Nik Aziz yang menerajui kerajaan Kelantan lebih 20 tahun berkata, ketika beliau mula mentadbir Kelantan pada 1990, dasar jimat cermat inilah yang diguna pakai dalam semua urusan kerajaan.

Katanya  gaji bulanan menteri besar, ahli exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong dan sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti.

Malah, beliau turut menolak peruntukan untuk keraian hari raya dan juadah berbuka puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula 1990.

“Saya tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan perbelanjaan mengurus tadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan, saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan.

“Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu,” katanya.

SUMBER

971969_567252746643840_367424750_n

Sebagai kakitangan awam saya sedar, kenaikan gaji tahunan yang diberikan setiap tahun menambah nilai dalam hidup saya dan mengurangkan beban hutang dan perbelanjaan harian. Tetapi bersimpatilah dengan mereka yang berkerja di kampung-kampung dan juga nelayan yang mencari rezeki di laut. Petani yang mengerjakan bendang, jika pendapatan mereka rm6000 untuk 6 bulan maka ituleh mereka dapat setiap tahun kecuali harga padi dinaikkan (naik harga padi harga beras pun naik).

 

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

2 MAKLUM BALAS: Inflasi naik mendadak

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu