logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Kempen Ponteng Sifar

Dokumentasi SMKRTU | 28 Feb 2013 | 4

Pada 25 Feb 2013, Isnin telah berlansung perasmian Kempen Ponteng Sifar di dataran RATU, SMK Raja Tun Uda. Masalah ponteng kelas dan sekolah telah menjadi masalah utama sekolah-sekolah di Malaysia. Mungkin perkara ponteng ini kurang atau lansung tidak berlaku di Sekolah Berasrama Penuh, MRSM, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan sekolah-sekolah lain yang mengawal kemasukan pelajar. Berbeza dengan sekolah harian biasa yang tidak pernah menolak kemasukan dari mana-mana pelajar, asalkan ada kemahuan untuk bersekolah walaupun bukan dengan tujuan untuk belajar.

kempen ponteng sifar(K)

Banyak faktor yang mendorong pelajar hari ini untuk ponteng sekolah. Pada saya faktor utama adalah persekitaran. Seperti sekolah SMKRTU yang berada di tengah-tengah bandar Bayan Baru, 50 meter dari pasaraya Giant, kedai mamak 24 jam dan Cybercafe berhampiran antara tempat lepak para pelajar. Bagi yang telah mempunyai motosikal, lain pula tempatnya.

SPM 2013

Antara faktor lain adalah, ada di kalangan ibubapa pelajar yang berkerja shift (kawasan peridustrian bayan lepas) hingga tidak sempat luangkan masa untuk anak-anak, namun begitu bukan semua ibu bapa yang bekerja shift begitu.

Kurang minat ke sekolah juga antara punca utama pelajar ponteng dan ini sahaja punca yang pihak sekolah mampu ubah dengan menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Bukan mudah tetapi bukan mustahil. Pekara ini melibatkan semua guru. Setiap guru perlu memainkan peranan agar pelajar tidak bosan dan sentiasa seronok berada di dalam kelas. Pelajar sekolah rendah lebih mendengar kata-kata guru berbanding pelajar sekolah menengah yang lebih cenderong kepada rakan-rakan sebaya.

Sebab tak bawa kamera saya cuma rakam majlis perasmian dengan menggunakan kamera smartphone HTC wildfire.

860293_4524700515073_1399046346_o

 

Semoga para pelajar dan guru mendapat manfaat dari kempen ponteng sifar ini. Saya selalu berpegang pada bukan mudah tetapi bukan mustahil.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

4 MAKLUM BALAS: Kempen Ponteng Sifar

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu