logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Kenaikan tarif elektrik tidak libatkan semua

1 malaysia | 04 Dec 2013 | 7

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu, kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari 2014 sebenarnya tidak melibatkan semua kerana kenaikan yang di sebut hanya untuk pengguna 300kWj dan lebih sebulan. Jadi yang mana biasa guna bawah 300kWj sebulan tak perlu risau tentang kenaikan tarif elektrik. Yang mana biasa bayar RM77.00 kebawah tak perlu risau, dan yang hampir-hampir kena berhati-hati, macam saya biasa bayar rm25.00 – rm30.00 (selepas berhenti guna aircond).

TETAPI… tetap akan terkesan dengan kenaikan ini kerana pasti akan melibatkan kenaikan harga barang. Sama seperti petrol, elektrik juga merupakan keperluan asas. Kenaikan tarif kali ini turut melibatkan tarif bagi komarsial dan industri, jadi cukup jelas ianya pasti memberi kesan kenaikan harga barang. Bayangkan kilang yang beroperasi 24 jam akan menangung kenaikan ini. Tak tahu apa pula akan naik selepas ini, inikah hadiah pilihanraya Janji di tepati oleh Barisan Nasional?

Contest SEO Eridy

Kita terpaksa akur dan bersabar dalam semua yang berlaku, dalam masa yang sama kita sendiri perlu berusaha untuk baiki nasib diri dan keluarga, berjimat dan cari jalan tambah pendapatan. InsyaAllah pakej jurugambar perkahwinan 2014 tak naik pun. 2015 nanti insyaAllah naik sikit.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

7 MAKLUM BALAS: Kenaikan tarif elektrik tidak libatkan semua

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu