Kenduri di Perak

Saya tak pasti kalau ada negeri lain yang seperti negeri Perak. Di Perak, kenduri kahwin biasanya bermula jam 11pagi hingga 3 petang sahaja. Tak seperti negeri lain yang kebanyakannya 12 tgh hingga 5 atau 6 petang. Pengantin pula biasanya tiba di rumah atau dewan pada jam 11.30 atau 12 tengah hari.

Isteri saya orang perak jadi saya laluinya sendiri semasa majlis perkahwinan kami 3 tahun yang lepas. Malah kami telah banyak mangambil gambar perkahwinan di negeri Perak dari Teluk Intan hingga Parit Buntar sama sahaja masanya.  Apa yang seronok bila habis awal, boleh keluar ambil outdoor awal dan boleh balik rumah awal. Seperti hari ini, pukul 4.30 telah sampai di rumah, sedangkan di negeri-negeri lain, hari dah gelap baru sampai rumah.

Jadi dalam perjalanan pulang dari outdoor tadi, isteri saya bercadang untuk memberi discount bagi pakej perkahwinan 2014 kepada pengantin-pengantin negeri Perak. Apa pun tunggu kata putus dari fotografi perkahwinan cmratu fotografi nanti. Insyallah akan terlaksana.

Pukul 5.30ptg hari yang sama saya dah upload gambar yang diedit (simple editing) di facebook cmratu fotografi.

CMR_9523

DSC_0292

 

Majlis berlansung di Dewan Kalui, Bukit Merah Lake Town Resort  dan outdoor di sekitar lake town. Alhamdulillah saya berpuas hati dengan hasil hari ini dan akan cuba perbaiki beberapa kelemahan yang di kesan.

3 thoughts on “Kenduri di Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge