logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Keputusan rayuan IPTA 2013

Uncategorized | 13 Sep 2013 | 1

Menurut sinar harian, para pelajar yang membuat rayuan kemasukan ke IPTA tahun ini boleh mula memenyemak keputusan mulai jam 12 tengah hari hari ini. Semoga mereka yang layak berjaya memdapat tempat. Biasanya rayuan berdasarkan kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh mereka yang sepatutnya.

Saya juga dulu salah seorang yang masuk ke UTM dengan keputusan rayuan. Agak rugi bila masuk lewat dari pelajar biasa kerana kita akan ketinggalan perkara-perkara penting dan tidak melalui orentasi seperti pelajar-pelajar lain. Jadi nasihat saya kepada mereka yang berjaya dalam rayuan ini, anda perlu beri lebih tumpuan dan usaha berbanding pelajar lain jika tidak mahu ketinggalan.

SUMBER

KUALA LUMPUR – Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Morshidi Sirat berkata, calon boleh membuat semakan keputusan di http://upu.mohe.gov.my,http://www.jpt.utm.myhttp://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.my  danhttp://jpt.ums.edu.my.

Beliau berkata, mereka juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA denganmenghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-88706755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [Nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

“Calon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmimenerusi laman web rasmi IPTA berkaitan mulai esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Morshidi berkata, Kementerian Pendidikan tidak pernah melantik mana-mana ejenatau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA.

Beliau berkata, semua pengurusan pengambilan diselaraskan oleh BahagianPengurusan Kemasukan Pelajar,  Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakaidasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

“Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlakuselepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA,” katanya.

Beliau berkata keputusan rayuan adalah muktamad, sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga 30 Sept, maka rayuan hendaklah dianggap gagal. – Bernama

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

SATU MAKLUMBALAS Keputusan rayuan IPTA 2013

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu