logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Kertas soalan ramalan spm reka cipta

Gambar di bawah merupakan gambar yang di ‘print screen’ dari laman web nuffnang dan keywords yang dicari hari ini ke blog Dunia CMRatu.
Kertas soalan ramalan spm reka cipta


Kertas soalan ramalan spm reka cipta ? ada ke? mesti la ada, semua mata pelajaran pun ada soalan ramalan. Maklumlah calon-calon SPM reka cipta akan menjawab soalan kertas 1 pada isnin ini 21 November 2011 jam 2.00 petang jadi semua mencari-cari soalan ramalan reka cipta. 
Sebagai guru mata pelajaran reka cipta di sekolah, saya cuma boleh katakan semua soalan tertutup seperti mata pelajaran reka cipta mempunyai soalan yang hampir sama setiap tahun. Bentuk soalan yang sama sahaja dengan soalan pertengahan tahun dan Percubaan SPM. Jadi nasihat saya buat latihan soalan percubaan SPM (boleh download ni sini untuk Percubaan SPM reka cipta beberapa negeri) dan banyak membaca buku teks sebab mata pelajaran reka cipta tidak ada buku rujukan.
Calon juga di nasihati membaca setiap arahan soalan dengan betul, ulang baca soalan hingga paham apa kehendak soalan baru mula menjawab. Bagi bahagian B, pilih soalan mengikut arahan yang dinyatakan dan buat pilihan dengan bijak dengan memilih soalan yang mudah mendapat markah dan kita benar-benar yakin dengan jawapannya.
Semoga semua calon mata pelajaran reka cipta tahun 2011 dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2011. Tahun terakhir saya mengajar mata pelajaran ini, tahun depan akan ajar subjek major PJJ iaitu Kemahiran Hidup. 

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Nama :
Email :
Website :
Komen :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu