Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di PULAZA

Pada sabtu dan ahad (6-7.04.2013), SMK Raja Tun Uda telah mengadakan LDP bagi guru-guru serta semua kakitangan sekolah di Pusat Latihan Zakat (PULAZA), Balik Pulau, Pulau Pinang. Memang banyak pengisian yang bermakna buat guru-guru. Bermula dengan ceramah “Komunikasi Berkesan”, kemudian kuliah “Pekerjaan Sebagai Satu Ibadah” diikuti sebelah malam dengan penerangan berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kemudian Qiamullail bermula jam 4.45pagi hingga solat subah bagi guru-guru dan kakitangan Islam. Lepas sarapan guru perempuan bersenamrobik manakala guru lelaki berjonging di sekitar PULAZA. Tak ada la gambar senamrobik. Selepas itu di adakan pemeriksaan kesihatan dan ceramah “Pertolongan Cemas” oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Makanan di PULAZA ni memang sanggat sedap. Sangat puas hati. Penginapan juga murah tapi sangat memuaskan. Kalau tak salah saya pusat urus zakat tidak mengambil sebarang keuntungan. Semoga apa yang diajar memberi manfaat kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam LDP kali ini. Mungkin tahun-tahun mendatang pihak sekolah akan teruskan trend mengadakan LDP di luar sekolah, mungkin juga luar dari negeri Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan:
- Gambar di ESCAPE Penang, Teluk Bahang
- Gambar Hari Koperasi SMKRTU 2013
- Gambar sambutan Israq Miraj SMKRTU 2013
- Gambar Sukantara SMKTRU 2013
- Merentas Desa Jubli Emas 1963-2013 SMKRTU
Tentu merasai kembali ke zaman bersekolah atau di kolej cuma kali ini mungkin tidak secergas zaman remaja kot. 🙂
Sangat seronok bila mempunyai aktifity yang dilakukan secara berkumpulan.
cantik gambar melompat tu bro..
Selalu guru-guru yang handle program macam ni kepada murid-murid. Kali ni guru pulak merasa. Hehe