logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Masih Perlu Kad Nama di era Perniagaan Online?

Gambaq Enterprise | 26 Nov 2015 | 6

Perlu atau tidak kad nama dalam perniagaan online? Penjual sudah tidak berjumpa dengan pembeli, hampir semua urusan atas talian dan penghantaran melalui pos. Jadi masih perlu guna kad nama??

photo_2015-11-26_11-29-43Terpulang pada individu dalam memberi pandangan, namun pada saya kad nama tetap penting dan masih menjadi keutamaan dalam apa sahaja perniagaan tidak kira atas talian ataupun tidak. Kenapa??

Dalam perniagaan selain produk, pemasaran juga cukup penting dan perlu dibuatĀ bagi mamastikan produk ada pembeli / perkhidmatan ada yang langgan. Sehebat mana produk kita tanpa pemasaran yang betul atau tidak pernah melakukan pemasaran maka tidak akan berlaku penjualan. Berkaitan dengan pemasaran terlalu banyak teknik dan faktor yang perlu di pertimbangkan tetapi di sini saya cuma ingin sentuh tentang Kad Nama sebagai midium pemasaran yang murah dan berkesan.

 

Mari kita kenal fungsi utama Kad Nama :

  1. Memperkenalkan maklumat diri (Nama, No.Tel, Email, FB, IG, Laman Web, DLL), syarikat dan produk/perkhidmatan,
  2. Membina rangkaian, setiap orang yang menerima kad nama kita berpotensi menjadi pelanggan kita kalau bukan hari ini mungkin pada masa akan datang, mungkin juga rakan-rakan, saudara mara penerima kad ada yang perlukan produk/perkhidmatan kita. Maka terbina rangkaian dan lebih ramai akan kenal produk/perkhidmatan kita.
  3. Membina persepsi positif, setiap manusia tidak lari dari membuat angapan (persepsi) setiap kali melihat seseorang, jadi dalam perniagaan persepsi positif dari bakal pelanggan mudah terbina dengan adanya kad nama, lebih baik lagi perniagaan anda berdaftar dan ada tertulis nombor pendaftaran syarikat.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan Kad Nama, tapi cukup 3 yang utama ini dan sesuai dengan perniagaan atas talian (online). Setiap kali kita pos/hantar pesanan maka beri bersama kad nama sebagai pembina rangkaian dan memberi potensi untuk pelanggan tersebut menjadi pelanggan tetap malah mungkin akan sampaikan kepada rakan-rakannya yang lain.

Nak tempah kad nama murah klik KAD NAMA MURAH.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

6 MAKLUM BALAS: Masih Perlu Kad Nama di era Perniagaan Online?

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu