logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

NUTP gesa KPM mansuh PBS

sppbs | 10 Nov 2013 | 0

Akhirnya KPPK atau NUTP mengeluarkan pendirian yang saya pasti di terima baik oleh semua guru. Walaupun saya masih belum melalui PBS kerana hanya mengajar tingkatan 3 (akan bermula tahun 2014) tetapi saya lihat sendiri bagaimana tersiksa dan tertekan rakan-rakan saya yang mengajar tingkatan 1 dan 2. Saya telah pun hadir kursus empat hari untuk menghadai PBS tingkatan 3 2014. Saya terima semuanya dengan positif dan mengharapkan KPM akan sediakan perkhidmatan yang sempurna pada tahun 2014. Bayangkan untuk 2013 cuma melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk menegah rendah, server SPPBS tidak mampu menampung jumlah guru yang masuk pada satu-satu masa inikan pula tahun hadapan, jumlahnya akan meningkat 33.3%.

Sebagai guru dan salah seorang ahli NUTP saya amat bersetuju dengan cadangan yang kemukakan. Saya harap KPM memandang sirius hal ini. Pendidikan yang akan menentukan arah tuju sesebuah negara.

Di Facebook juga telah lama dibincangkan dan wujud fanpage Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan dan telah pun mempunyai lebih 23ribu yang menyokong.

mansuh PBS

KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuh PBS

KANGAR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Hashim berkata, prestasi guru turut dinilai melalui PBS, dan sistem akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna.

Justeru, beliau berkata, mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem itu, yang diperkenal pada 2011.

“Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden KPPK Tey Meng Seng dan Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai sebuah kereta baharu yang kelihatan cantik namun pemandunya tidak boleh menggerakkan kenderaan itu kerana ketiadaan tayar.

Hashim berkata, KPPK juga menolak pelaksanaan E-Prestasi, yang sepatutnya dilaksana pada 2015 namun dipercepat ke tahun ini, bagi menilai prestasi guru kerana masih ramai yang kabur tentangnya.

E-Prestasi menimbulkan rungutan bukan sahaja dalam kalangan guru malah pengetua dan guru besar kerana mereka sering dipersalah jika sistem itu gagal menghantar laporan kepada kementerian.

“Sebaiknya sebelum melaksanakan apa jua sistem, keberkesanannya perlu diuji dan bukan menyalahkan guru apabila terdapat kegagalan,” katanya.

Beliau juga berkata, KPPK bimbang pelaksanaan sistem yang menyukarkan akan menyebabkan guru tertekan sehingga memberi kesan negatif terhadap tugasan dan pelajar mereka. РBernama

SUMBER

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

0 MAKLUM BALAS: NUTP gesa KPM mansuh PBS

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu