logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Pakej Jurugambar Perkahwinan Murah 2013

fotografi | 30 Nov 2012 | 10

Cmratu fotografi menawarkan pakej jurugambar perkahwinan murah bagi tahun 2013. Namun begitu ianya hanya bagi kawasan utara semenanjung iaitu bagi negeri Pulau Pinang/Penang, Selatan Kedah dan Utara Perak. Bagi negeri-negeri lain harga pakej yang di sediakan ini perlulah di tambah dengan kos pengankutan dan penginapan (jika perlu), dah tak murah lagi, maka lebih baik dapatkan perkhidmatan dari jurugambar perkahwinan berhampiran tempat anda.

PAKEJ JURUGAMBAR PERKAHWINAN MURAH

RM650.00 Sahaja !!!

  • Sesi Fotografi 1 Majlis (Bersanding/Bertandang)
  • 1 sticky album
  • 100 keping gambar 4R
  • 1 Poster Frame 18” x 12”
  • DVD semua softcopy
  • FREE Outdoor (Hari yang sama)

Ada yang berpendapat harga yang murah bersesuaian dengan kualiti yang tidak seberapa. Itulah lumrah alam, nak yang baik kena la bayar lebih. Saya tak berani janjikan gambar yang hebat seperti jurugambar-jurugambar hebat, tetapi saya sentiasa berusaha dan belajar untuk hasilkan karya yang setanding dengan mereka. Boleh lihat koleksi gambar perkahwinan yang telah saya rakam sepanjang tahun 2011 dan 2012 (klik pada tahun yang berhajat di hati dan lihat perkembangan tahun ke tahun). Saya mula merakam gambar perkahwinan bermula tahun 2008. Untuk gambar-gambar dari tahun 2008 boleh lihat di www.cmratu.com (laman web ini juga akan di naik taraf pada januari 2013).

Pakej jurugambar perkahwinan murah ini insyallah akan berbaloi dengan apa yang anda bayar. Biasanya album ini akan siap dalam tempoh 2 minggu hingga 1 bulan. Namun begitu ada juga sticky album yang kami siapkan dalam tempoh tidak sampai 1 minggu. Ini merupakan contoh sticky album yang terkini dari cmratu fotografi.

Stiky album juga ada yang murah dan ada yang mahal antara RM10 – RM 100 bezanya dari segi kualiti. Jenis sticky album yang murah boleh di dapati di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan lain-lain tetapi saya menggunakan sticky album berkualiti tinggi supaya gambar tidak mudah rosak. Kalau boleh biarlah kenangan indah ini kekal selamanya dan masih boleh di tatap anak cucu. Namun begitu ada juga yang rosak awal kerana tidak dijaga dengan baik.

Berikut merupakan larangan keras bagi sticky album :

  • Kena panas matahari berpanjangan,
  • Kena air dengan kuantiti yang banyak, contohnya banjir atau jatuh dalam kolah.
  • Di tinggal dalam kereta beberapa hari.
  • Kerap buka plastik sticky album yang telah diisi gambar (kalau boleh jangan buka lansung).
Tak susahkan nak jaga, kalau rasa susah boleh juga dapatkan kotak kulit (leather briefcase) dengan harga RM150.00 untuk simpan sticky album. Kalau ambil pakej custom album memang dah disertakan bersama kotak kulit ini.  Di bawah sebelah kanan merupakan kotak kulit yang saya maksudkan.
Kalau ambil pakej jurugambar perkahwinan murah yang saya sediakan dan berminat untuk dapatkan sekali kotak kulit ini cuma perlu tambah RM150.00.

Kalau nak custom album mahal la sikit sebab nak kena bayar kos printing yang lebih mahal dan yang lebih mahal nak bayar upah editting custom album yang perlukan perhatian yang lebih. Untuk pakej jurugambar perkahwinan 2013, pakej custom album ada di sertakan sekali sticky album supaya custom album lebih kemas dengan gambar yang tidak terlalu banyak. Buatlah pilihan yang bijak.

Call/SMS : 012-5940302 | email : muktasim.pm@gmail.com | LIKE FB : https://www.facebook.com/CMRatu

Tawaran pakej jurugambar perkahwinan murah ini hanya sah untuk tahun 2013. Untuk tahun 2014 mungkin harganya berubah mengikut kesesuaian.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

10 MAKLUM BALAS: Pakej Jurugambar Perkahwinan Murah 2013

Balas komen Liza Batal

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu