Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Semalam telah pun diumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Laporan lengkap boleh dibaca di SINI.

pppm

Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati.¬†Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa “tiada sesuatu yang baru” diperkenalkan.
Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya “pelabelan semula” tanggungjawab Kementerian Pelajaran.
“Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian,” katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,
Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran “topik panas” seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.
Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan – negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.
“(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.
“Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini?” katanya.
Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) – pendorong utama terhadap pemansuhannya secara “pendaratan lembut” sebelum ini
Pada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap yang menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan yang akan melaksanakan mampu melakukannya.
Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati yang terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi melaksanakan PPPM terutamanya anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

13 thoughts on “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

  1. Pingback: Jadual Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2013 | Jurugambar Perkahwinan

  2. Pingback: Senarai Tugas Ketua Panitia | Jurugambar Perkahwinan

  3. Pingback: Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2013 | Jurugambar Perkahwinan

  4. Pingback: Program Modal Insan | Jurugambar Perkahwinan

  5. Pingback: Keputusan SPM 2012 SMKRTU | Cikgu Muktasim

  6. Pingback: Keputusan SPM 2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda

  7. Pingback: Genap setahun di rumah baru | Cikgu Muktasim

  8. Pingback: Gambar Sukantara SMKTRU 2013 | Cikgu Muktasim

  9. Pingback: Sekolah – pulang awal sesi petang Ramadhan 2013 | Cikgu Muktasim

  10. Pingback: 6 Aspirasi Murid PPPM 2013-2025 | Cikgu Muktasim

  11. Pingback: 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia | Cikgu Muktasim

  12. Setiap perlantikan mesti melalui proses temuduga, oleh itu samada ianya guru dalam perkhidmatan atau guru baru perlantikannya mesti melalui proses temuduga. Malah perlantikannya juga mesti mengambil kira nilai PNGK. Bagi PPG yang terlalu rendah mesti ada bezanya dengan guru yang mendapat nilai yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge