Pengalaman baru – gambar konsert

Alhamdulillah sabtu yang lepas saya di beri peluang untuk besama-sama rakan photograher penang flickr untuk merakam gambar Konsert Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun di SPICE Arena, Penang. Satu pengalaman baru yang mengajar saya bahawa banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perlu banyak latihan untuk jadi lebih baik dalam bidang fotografi ini.

Rupanya bukan semudah yang di sangka, saya sangat tidak berpuas hati dengan hasil kali ini. Cukup mengecewakan, dan berharap ada peluang lagi selepas ini untuk merakam gambar konsert supaya dapat menebus kesilapan saya pada konsert ini.

Ini sahaja yang termampu dari saya.

GBQ_2454

GBQ_2500

GBQ_2530

GBQ_2587

GBQ_2661

GBQ_2686

slide13

POSTMORTEM untuk diri sendiri –ย Masalah utama saya lens 85mm agak terhad. Kemudian memori kad semasa konsert ini dah tak banyak kosong sebab saya terus bergerak ke SPICE Arena sebaik sahaja selesai mengambil gambar Majlis Akikah dan tak sempat untuk transfer gambar ke komputer terlebih dahulu jadi tak banyak gambar saya shoot RAW. Kemudian saya gagal menjaga speed dan ISO yang sesuai, banyak gambar yang kurang sharp (dalam kamera tak zoom nampak sharp) dan ada yang fokus kena pada baju, tangan dan lain-lain tetapi tidak pada muka. Kesimpulanya jadi jurugambar perkahwinan masih lebih mudah berbanding jurugambar konsert.

8 thoughts on “Pengalaman baru – gambar konsert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge