logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

PT3 ganti PBSMR ? penambahbaikan PBS

1 malaysia | 18 Mar 2014 | 1

Berita yang pada saya cukup penting buat guru-guru sekolah menegah terutama yang sedang mengajar tingkatan 1,2 dan 3. PBSMR yang di umum mengantikan PMR pada tahun lalu kini akan di tukar kepada PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tanpa peperiksaan berpusat. Boleh baca petikan di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan PT3.

PT3 penambahbaikan PBS

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

TEKS PENUH  – KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kita tunggu dan lihat apa respon guru-guru terhadap penambahbaikan yang telah pun di buat. Pada pandangan saya nampak baik untuk guru tapi tidak pada pelajar.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

SATU MAKLUMBALAS PT3 ganti PBSMR ? penambahbaikan PBS

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu