logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Review Lens Sigma 20mm F1.8

fotografi » Uncategorized | 17 Dec 2012 | 20

Lens ini meruapkan lens FX tetapi saya gunakan pada kamera DX iaitu Nikon D90 dan D7000. Saya beli lens ini pada Jun 2012 dan banyak di  gunakan pada kamera Nikon D7000. Semalam saya mencubanya di Nikon D90 dan saya dapati kualiti di Nikon D90 lebih baik terutama auto fokus pada f1.8. Jom lihat gambar-gambar yang di rakam seharian bersama keluarga dengan menggunakan lens Sigma 20mm f1.8.

Mula dengan gambar sarapan pagi terbaik di lorong kulit. Hujung minggu selalu tak free jadi jarang la nak merasa sarapan yang sedap macam ni. Kedua-duanya menggunakan aperture f1.8 dengan speed berbeza.

DSC_0022

DSC_0020

Selepas sarapan pusing-pusing pasar pagi di lorong kulit. Memang cukup terkenal di Pulau Pinang yang menjual pelbagai jenis barang termasuk barang terpakai. Barang-barang antik juga boleh di cari di sini. Kedua-dua gambar di bawah menggunakan aperture f2.5.

DSC_0027

Suka betul damia tengok ikan, arnab dan hamster yang di jual di sini jadi terpakasa tarik perhatian dia dengan belikan jam tangan baru. Gambar bawah ni dah pakai jam baru. Bila tanya jam pukul berpa laju ja tengok jam tapi tak tahu pun jam pukul berapa.

DSC_0028

Selesai berjalan di lorong kulit kami ke Clarks warehouse sale di Straits Quay. Memang minat dengan kasut Clarks, jadi nak juga tengok, mana tahu ada yang berkenan tambahan pula Clarks jarang sangat buat sale. Harga kasut lelaki tak pernah kurang dari RM300.00. Tak sangka hingga perlu beratur untuk masuk sebab terlalu ramai orang hingga penuh kedai, itu pun dah di asingkan bahagian lelaki dan perempuan.

DSC_0033

DSC_0036

Dah sampai depan pintu tapi tak boleh masuk lagi tunggu ada yang keluar baru boleh masuk. Hebatkan penangan sale clarks. Tapi sebab datang hari terakhir tak banyak saiz yang tinggal. Jadi balik tangan kosong cuma dapat pengajaran lepas ni kalau nak beli promosi macam ni kena datang hari pertama.

DSC_0038

CSC_0048

Sementara tunggu wife buat pilihan, saya ambil gambar Damia Maisarah ja. Dia susah nak duduk diam, bukan senang nak rakam moment seperti di atas. Saya suka reflaction kedua-dua gambar di atas.

DSC_0053

Balik dari Straits Quay dengan tangan kosong dan terus singgah beli makan tengah hari. Hidangan pandu lalu yang boleh di jadikan pengganti McD. Ingat terus boikot barangan israel selagi mampu. Jangan menyerah kalah. Buger King di Precinct 10, Tanjung Tokong.

DSC_0060

Makan dalam kereta dalam perjalanan balik ke rumah. Balik untuk solat zohor dan bersiap untuk berkelah (mandi laut) di Teluk Bayu, Sg. Batu. 2 Saffar 1434H air laut pasang tengahari. Tetap berkelah walaupun hujan. Duduk dalam air laut pun basah juga. Cuma untuk kanak-kanak tak mandi laut la, tapi tetap mandi air laut.

DSC_0086

Janji tak kena hujan. Masa ambil gambar ni dah naik dari laut, keringkan tangan makan apa yang patut kemudian baru ambil gambar.

DSC_0083

Gambar di bawah ni,  gambar RAW yang di edit untuk menampakan lebih detail.

DSC_0078

Gambar Damia Maisarah bersama 2 pupu (betul ke istilah ni), anak kepada sepupu saya. Mula-mula semua takut2 nak main air, lepas tu dah kecut tangan pun tak nak naik.

DSC_0089

DSC_0092

Semua gambar di atas di rakam dengan ISO, Aperture dan speed berbeza mengikut kesesuaian tetapi menggunakan kamera dan lens yang sama. Akhir sekali review lens Sigma 20mm f1.8 ini dengan gambar anak kucing.

DSC_0073

Teringin nak cuba lens ini pada kamera FX seperti Nikon D600. Pasti hasilnya berbeza kerana 20mm merupakan super wide di kamera FX. Sekian review kali ini. Puas rasanya seharian meluangkan masa dengan Damia Maisarah semalam. Yang masih mencari jurugamabr perkahwinan untuk tahun 2013 boleh la rujuk pakej fotografi perkahwinan yang di sediakan.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

20 MAKLUM BALAS: Review Lens Sigma 20mm F1.8

Balas komen ohcikgu Batal

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu