Sakit bahu dan leher

Dari hari rabu minggu lepas, maksudnya dah seminggu lebih saya sakit bahu dan leher. Tak tahu la sebab apa, ada yang kata sebab salah tidur, banyak duduk depan PC salah makan dan macam-macam lagi la. Tapi saya sendiri tak tahu apa puncanya. Mungkin ada dianatara yang disebut. Cuma yang tak seronoknya dah lebih seminggu tak baik-baik lagi. Tambahan pula masa tugasan jurugambar perkahwinan pada ahad lalu bagi pihak Photovillage Studio. Sebelum pergi tu makan ubat yang beli di farmasi, bila di tanya, katanya tak mengantuk, tapi lepas makan terus mengantuk. Memang tak selesa, bila kerja dalam mengantuk, jenuh lawan mata ni dari terpejam.

Gambar sesi outdoor ahad lepas di Marina Bay, Georgetown, Penang.

Tapi bila pengantin dah sampai memang tak mengantuk dah. Tu la jadi bila kita buat benda yang kita suka, dalam keadaan yang sukar pun akan kita usahakan supaya menjadi mudah.

Farmasi kata ubat hanya untuk tahan sakit, tapi bukan untuk baik, biasanya sakit badan ni baik sendiri yang penting cukup rehat. Jadi saya pun beli la juga panadol extend dan panaflex. Memang berkesan utk 8 Jam tapi lepas tu rasa sakit semula. Harap benda ni tak belarutan. Tak sangup dah sakit macam ni lama-lama.

5 thoughts on “Sakit bahu dan leher

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge