logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Sayangnya bila moment yang cantik di halang

cmratu » fotografi » jurugambar perkahwinan | 12 Nov 2013 | 1

Inilah masalah terkini yang sering di bincangkan oleh jurugambar perkahwinan bukan sahaja di Malaysia malah hampir seluruh dunia. Kecangihan teknologi, telefon bimbit berkamera, malah sekarang dah ada smartwatch yang berkamera dan kamera digital yang murah di pasaran membuatkan makin ramai jurugambar-jurugambar tidak rasmi dalam majlis perkahwinan sehinggakan menganggu tugas jurugambar perkahwinan rasmi.

Pakej Fotografi Perkahwinan 2014

Ramai yang mampu milik DSLR sekarang ini, jadi makin besar cabaran jurugambar perkahwinan rasmi untuk mendapatkan sudut yang terbaik bagi memastikan sesuatu moment penting tidak terlepas. Jurugambar rasmi tidak ada hak untuk menghalang orang lain untuk merakam gambar pengantin yang mungkin saudara terdekat ataupun kawan rapat. Bukan mudah untuk kita ubah orang lain dan yang paling mudah adalah ubah diri kita sendiri, maka jangan mengharap orang akan faham dan memberi ruang kepada jurugambar rasmi, maka jurugambar rasmi yang perlu bijak dan mengatur cara untuk mengatasi masalah ini.

Antara cara yang ada adalah dengan menambah bilangan jurugambar dan ditempatkan di pelbagai sudut yang dirasakan sesuai dengan jarak fokal (Focal Length) lens yang berbeza-beza. Namun begitu kadang kala perkara ini berlaku di kalangan jurugambar rasmi sendiri, dan ini adalah perkara biasa. Kalau yang tidak biasa, kenalah biasakan.

jurugambar perkahwinan

Yang atas ni tak lain tak bukan saya sendiri yang menghalang gambar dari kamera isteri saya. Kebiasaannya saya akan guna wide lens dan isteri saya akan guna 85mm untuk candid moment.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

SATU MAKLUMBALAS Sayangnya bila moment yang cantik di halang

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu