Selesai tugasan terakhir 2012

Gambar Kahwin

Persandingan Hidayat dan Aleeza | 30.12.2012

Hari ini selesai tugas sebagai jurugambar perkahwinan 2012. Tugas jurugambar sahaja yang selesai tapi tugas sebagai editor custom album tak selesai lagi. Masih ada 4 custom album dan 1 photobook yang perlu di siapkan. Tapi editing custom album banyak dibuat oleh isteri saya.  Saya akan mula fokus pada persekolahan mulai esok pagi. Orentasi pelajar tingkatan 1-6 bermula esok supaya sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 2 Januari 2013 berjalan lebih lancar. Guru mesti mulakan kelas (Pengajaran dan Pembelajaran) dari hari pertama persekolahan.

Tugas ketua panitia juga banyak yang perlu saya lihat. Harap 2013 akan lebih baik berbanding tahun 2012. Tak sabar nak bersama Dr Azizian Osman BERANI 2013. Harap dapat imput yang baik di seminar itu nanti.

Untuk tempahan pakej jurugambar perkahwinan 2013 jangan segan silu boleh terus hubunggi saya. Insyallah saya akan cuba yang terbaik.

7 thoughts on “Selesai tugasan terakhir 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge