logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Sticky Album siap 2 hari lepas kenduri

Saya yakin siapa sahaja yang telah berkahwin pasti pernah merasainya, iaitu tidak sabar hendak melihat gambar majlis perkahiwnan. Saya juga rasainya dulu. Jadi saya akan berusaha untuk siapkan album secepat yang mungkin, cuma kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat di elak dalam proses membuat album.

Tapi boleh ke album siap dalam masa 2 hari? Memang boleh tapi hanya untuk pakej sticky album. Dah la murah, cepat pula tu, cuma sticky album ni tak la secantik custom album dan dari segi kualiti juga ada perbezaan. Boleh rujuk pakej jurugambar perkahwinan 2013 untuk harga terkini. Tapi saya tak janji la boleh siap dalam masa 2 hari, untuk sticky album tempoh 1-4 minggu dan untuk custom album 1-3 bulan. Namun begitu saya akan cuba buat yang terbaik untuk siapkan album secepat mungkin.

Ini contoh sticky album saya saya telah pun hantar pada pelanggan hari selasa (13.11.12), majlis yang dirakam ini adalah pada hari Ahad (11.11.12). Sebab itu saya telah mengubah suai pakej custom album tahun 2013 dengan menambah sticky album supaya pelanggan tidak tertunggu-tunggu custom album.

Jika album siap awal saya boleh bagi tumpuan kepada perkara lain, biasanya saya lakukan editing sticky album dan custom album di sebelah malam, tapi tetap bergantung kepada mood. Kalau ada mood yang baik mudah sahaja untuk siapkan album. Rasanya ramai designer yang macam saya, perlukan mood untuk editing yang baik.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

5 MAKLUM BALAS: Sticky Album siap 2 hari lepas kenduri

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu