Syarat kemasukan kolej komuniti 2013
Tak lama lagi keputusan SPM 2012 akan keluar dan saya pasti ada yang berjaya dan ada yang tidak, tetapi janganlah berhenti berharap. Kalau keputusan kurang memuaskan dan tak dapat masuk matrikulasi, IPTA, Politeknik maka saya cadangkan untuk cuba memohon masuk ke Kolej Komuniti. Walaupun hanya sijil tetapi tetap lebih baik dari tidak ada apa-apa.
Kalau yang mampu mungkin boleh sambung kolej swasta, tapi kena faham la bayaran kolej swasta tidak semurah IPTA dan Politeknik.
Saya ada sepupu yang masuk ke Kolej Komuniti dan buat sijil, hari ini telah pun berjaya menjadi juruteknik di sebuah sekolah di Sarawak. Sahabat saya juga ada yang menjadi juruteknik di University Sains Malaysia (USM) induk Penang dengan kelulusan sijil Kolej Komuniti. Bukan mudah nak masuk kerja dengan kerajaan hari ini dan terbukti sijil dari Kolej Komuniti tetap berharga.
Syarat kemasukan ke kolej komuniti sangat mudah dan terbaru dari keratan akhbar di bawah. Siap ada bantuan bagi yang ibu bapa berpendapatan bawah RM3000.00.
Jadi saya harap para calon SPM 2012 yang tidak cemerlang akan memilih untuk ke Kolej Komuniti dan berubah menjadi lebih baik, mungkin lebih baik dari rakan-rakan anda yang sambung ke Matrikulasi atau IPTA.
10 Responses to Syarat kemasukan kolej komuniti 2013
Leave a Reply Cancel reply
Top Posts
- Pakej Jurugambar Perkahwinan 2013
- 2012 Tahunku Yang Kacak
- Jadual Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2013
- Review Lens Sigma 20mm F1.8
- Berhati-Hati Di Bilik Karaoke
- Reach fanpage 10 kali ganda jumlah LIKE
- Jom jadi bloglist muktasim.com
- 3 Blog Pilihan Terbaik
- Rebet RM200 tiada had, baru betul
- Gambar Profile G+ di google search
Waktu Solat Negeri Pulau Pinang
Archives







Saya bersetuju janganlah berpuas hati dengan keputusan SPM sahaja terus hendak mencari kerja kerana tidak cemerlang. Elok dapatkan kemahiran dengan memasuki Kolej Komuniti.
Saya ini pun ada mengambil kursus jangka pendek di Kolej Komuniti walaupun sudah berkerjaya.
akubiomed recently posted…Rumah tradsional melayu di kampung Morten
ya betul tu…ada sesetengah company lebih utamakan pekerja yg ada kemahiran dan skil berbanding dgn yg ada teori sahaja.
Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Tarikh Keputusan SPM 2012 Dan Cara Semakan
sekurangnya ada juga kemahiran yng dipelajari
hairulafiz recently posted…Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Lion XII
betul tu, cikgu
ada banyak kes, pelajar yang kurang cemerlang dalam spm lebih berjaya berbanding rakan yang cemerlang
asal mahu belajar dan berusaha
saya ambik spm pada tahun 2009 …. agak2 saya boleh lagi x saya mohon….. kolej komuniti … saya dapat spm 1D 2c 3e 2g ….
tak pasti pula, sebab dah lama, yang terbaik terus ke kolej komuniti berhampiran dan tanya sendiri..
kolej kumuniti ni sebenarnye kerajaan or swasta..
kerajaan.. sama sahaja seperti politeknik, bezanya kolej komuniti sediakan pendidikan peringkat SIJIL sahaja..
kalau failed math boleh masuk x ? sbb abg sya xtau dah nk apply mna sbb math dia failed . klau nie math failed boleh x ?
Kalau tak salah boleh ja mohon kalau math fail.. cuba ja minta tak rugi pun..