Fotografi perkahwinan murah 2014

Fotografi perkahwinan murah 2014 dari cmratu fotografi bermula dari RM750.00 sahaja. Untuk pakej custom album pula bermula dari RM1500.00 sahaja dan pakej paling tinggi pemintaan adalah pakej lengkap 3 Majlis bermula dari RM2300.00 sahaja.

PEKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN 2014

Kenapa murah? saya akui harga yang saya kenakan agak murah berbanding dengan harga-harga dari jurugambar perkahwinan lain (ada banyak juga yang lebih murah dari ini). Jadi pertama sekali saya mohon maaf kepada jurugambar sepenuh masa yang rasa jurugambar part time seperti saya menggangu pasaran. Pada saya yakinlah pada rezeki yang Allah berikan dalam perniagaan, jika niat kita betul, perancangan kita tersusun dengan baik dan paling penting kualiti yang kita berikan sangat baik maka tidak sukar untuk mendapat pelanggan walaupun mahal pakej yang kita sediakan.

Saya akui dari segi kualiti dan peralatan yang saya gunakan masih jauh di belakang jurugambar-jurugambar sepenuh masa yang semakin ramai di Negara ini, untuk melayakkan saya kenakan harga yang pada saya tidak terlalu murah.

Nak kongsi gambar saiz besar untuk tugasan baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.

CMR_4269E

CMR_4304E

DSC_0256E

DSC_0294E

DSC_0340E

Kalau di facebook memang tak puas tengok. Jadi alang-alang dah beli template fotobesar ni rugi kalau tak guna kelebihan yang ada. Bagi yang berminat untuk beli template fotobesar boleh melaui link ini http://goo.gl/EiLs5T harga selepas discount cuma RM220. Pada saya sangat berbaloi dan murah.

Gambar Kem Ketua Patrol Pengakap Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang

8-10 Mac 2013 telah berlansung kem ketua patrol bagi ahli pengakap kanak-kanak, muda dan remaja bagi sekolah-sekolah daerah Balik Pulau dan Bayan Lepas di Hutan Lipur Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sambutan kem kali ini amat menggalakan, banyak sekolah yang menghantar penyertaan. Saya cuma berada di sana semasa taklimat dan sesi penutupan rasmi majlis.

Layan beberapa gambar yang sempat saya rakam sepanajng berada di sana. Gambar aktiviti tak ada sebab tak ambil bahagian. Insyallah akan datang saya akan jadi ahli pengakap yang lebih aktif seperti dulu.

CMR_0220

CMR_0232

CMR_0260

CMR_0267

CMR_0268

 

SPM 2013

CMR_0291

CMR_0294

CMR_0297

CMR_0323e

 

Gambar kali ini saya guna action “kuning + biru”  (buat sendiri ja) tapi nampak ada gambar yang tak sesuai dan jadi cacat. Kena cuba dan cuba lagi untuk bermain dengan tone. Antara kelemahan guna action di photoshop adalah tidak sesuai untuk semua gambar, kena tengok kesesuaian juga.

Minggu ini tidak ada tugasan sebagai jurugambar fotografi perkahwinan, jadi saya luangkan masa bersama keluarga sahaja. Minggu depan dan mula cuti sekolah maka bermulalah rakan-rakan jurugambar dengan tugasan masing-masing. Yang masih mencari-cari jurugambar perkahwinan murah boleh la hubungi saya di facebook, email, tel atau sms.