Potrait keluarga di hari ulang tahun pernikahan ke 4 #fotobesar

Cukup rasanya sekeping untuk hari ini. Simpan gambar untuk entry seterusnya. Tak banyak gambar saya jadi saya upload yang ada gambar sendiri dulu. Nanti baru upload gambar-gambar lain yang di rakam pagi tadi di sekitar pantai Bayan Mutiara, Penang. Memang niat nak ambil sebelah pagi untuk dapat backlight yang cantik tetapi pagi ni cahaya matahari keluar lambat sikit.

Apa pun saya sangat berpuas hati dengan hasil tangkapan hari ini dan tak sia-sia mama Damia beli baju SUPERMAN untuk sesi fotografi kali ini.

CMR_3899

Potrait Perkahwinan Melayu

DSC_0177

 

Bila dah boleh guna tamplate fotoBESAR ni maka makin seronoklah nak upload gambar bersaiz besar. Hari ini saya kongsi gambar potrait perkahwinan yang di rakam minggu lalu di Parit Buntar, Perak. Sayangnya sebelah petang hujan maka tak dapat nak keluar untuk sesi outdoor.

InsyaAllah lepas ni saya akan lebih rajin untuk kogsi gambar-gambar di blog ini. Blog fotografi perkahwinan www.cmratu.com sekarang ini sepenuhnya di jaga oleh isteri saya. Dan fanpage cmratu fotografi pula di jaga bersama-sama. Sasaran tahun 2013 semakin hampir walaupun ada beberapa kekangan dan saya telah mula merancang untuk fotografi perkahwinan 2014, insyaAllah kalau ada rezeki akan mula menggunakan kamera fullframe mulai tahun 2014 untuk tingkatkan lagi kualiti untuk kepuasan pelanggan.

Kenduri di Perak

Saya tak pasti kalau ada negeri lain yang seperti negeri Perak. Di Perak, kenduri kahwin biasanya bermula jam 11pagi hingga 3 petang sahaja. Tak seperti negeri lain yang kebanyakannya 12 tgh hingga 5 atau 6 petang. Pengantin pula biasanya tiba di rumah atau dewan pada jam 11.30 atau 12 tengah hari.

Isteri saya orang perak jadi saya laluinya sendiri semasa majlis perkahwinan kami 3 tahun yang lepas. Malah kami telah banyak mangambil gambar perkahwinan di negeri Perak dari Teluk Intan hingga Parit Buntar sama sahaja masanya.  Apa yang seronok bila habis awal, boleh keluar ambil outdoor awal dan boleh balik rumah awal. Seperti hari ini, pukul 4.30 telah sampai di rumah, sedangkan di negeri-negeri lain, hari dah gelap baru sampai rumah.

Jadi dalam perjalanan pulang dari outdoor tadi, isteri saya bercadang untuk memberi discount bagi pakej perkahwinan 2014 kepada pengantin-pengantin negeri Perak. Apa pun tunggu kata putus dari fotografi perkahwinan cmratu fotografi nanti. Insyallah akan terlaksana.

Pukul 5.30ptg hari yang sama saya dah upload gambar yang diedit (simple editing) di facebook cmratu fotografi.

CMR_9523

DSC_0292

 

Majlis berlansung di Dewan Kalui, Bukit Merah Lake Town Resort  dan outdoor di sekitar lake town. Alhamdulillah saya berpuas hati dengan hasil hari ini dan akan cuba perbaiki beberapa kelemahan yang di kesan.

Pakej Perkahwinan 2014

Sebenarnya saya masih merangka pakej fotografi perkahwinan 2014. Banyak yang perlu saya fikirkan sama ada untuk kekalkan harga semasa atau naikkan harga mengikut harga yang telah di tetapkan oleh Malay Wedding and Portrait Photographers Malaysia (MWPPM). Walapun saya bukan ahli berdaftar tetapi ada baiknya semua jurugambar melayu di Malaysia mengikut ketetapan yang dibuat.

pekeliling harga lantai

 

Saya masih belum membuat sebarang keputusan. Saya dan isteri akan menilai dan merujuk semula niat dan tujuan asal penubuhan syarikat MMDNH Enterprise dalam bidang fotografi perkahwinan.

Harga bagi pakej custom album tak timbul masalah untuk di kekalkan atau dinaikan tetapi bagi pakej sticky album memang jauh bezanya dari harga yang saya kenakan sekarang. Pakej fotografi perkahwinan murah mungkin menjejaskan industri fotografi perkahwinan melayu di negara ini.

Apa pun sama-sama tunggu pakej terbaru dari cmratu fotografi untuk pakej perkahwinan 2014. InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik sedaya mampu.

 

4 program besar dalam tempoh 5 hari

Alhamdulillah dah selesai 4 program besar dalam tempoh 5 hari bermula 11 Jun 2013 (Sukantara), 12 Jun 2013 (Sambutan Israq Miraj), 13 Jun 2013 (Sambutan Hari Koperasi) dan 15 Jun 2013 (Hari Kokurikulum). Saya terlibat sebagai AJK  Dokumentasi untuk setiap program ini dan sebagai setiausaha untuk Hari Kokurikulum. Jadi tunggu hasil dari tangkapan saya sepanjang 5 hari di sekolah.

Hari ini 16 Jun 2013 saya akan mengambil peperiksaan PPG PJJ UPSI di ILKM Jawi, Penang. Harap dapat jawab dengan baik walaupun kurang membaca..

CMR_6352

CMR_6339

permainan

 

Layan gambar damia di taman permainan dulu. Dah lama sangat tak ada masa di hujung minggu bersama Damia. Alhamdulillah dah habis tugasan fotografi perkahwinan untuk sebelum Ramadhan. 24 Ogos pula mula ambil gambar pengantin. Sekarang pun cuma tinggal 1 lagi custom album untuk di siapkan. Boleh fokus pada sekolah sepenuhnya.

 

Pemenang yang terpilih “Penghargaan Buat Pelanggan”

Saya dan isteri sukar bagi membuat pilihan. Oleh itu saya serahkan kepada Random.org. Dan ini merupakan keputusan dari random.org.

pemenang

Tahniah kepada yang berjaya.

Peserta 2

peserta 2

Peserta 1

peserta 1

Mereka yang terpilih secara random ini boleh berhubung dengan Nurulhuda atau terus PM di Facebook cmratu fotografi untuk bincang tarikh yang sesuai untuk sesi outdoor sekitar Pulau Pinang.

Demi untuk tidak menghampkan mereka yang sudi ambil bahagian tetapi tidak terpilih sebagai pemenang, maka saya turut memberi sekeping gambar berukuran 16R (16in x 20in) sebagai saguhati. Mereka yang berkenaan boleh emailkan gambar atau PM di facebook cmratu fotografi untuk di cetak saiz 16R secara percuma.

Bagi mereka yang masih mencari pakej jurugambar perkahwinan murah untuk majlis mereka, isnyaAllah boleh lihat pakej jurugambar perkahwinan yang kami sediakan. Fotografi perkahwinan, cmratu.com akan cuba beri yang terbaik yang mampu kami berikan.

Saiz poster frame 12in x 18in

Dah tentu la saiznya 12in x 18in tapi tak ramai yang dapat bayangkan saiz 12in x 18in ni. Jadi nak mudah kena la letak gambar orang pegang frame ni baru mudah nak bayang saiznya. Pada saya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Sedang-sedang sahaja untuk gantung di dinding ruang tamu atau bilik.

size frame

Yang ini saiz dengan Damia Maisarah. Damia Maisarah ni pula besar mana?

DSC_0271

Kira tinggi la juga Damia Maisarah ni. Mesti dah boleh bayang saiz poster frame yang terdapat dalam semua pakej fotografi perkahwinan 2013 dari fotografi perkahwinan cmratu.com.

Penghargaan Buat Pelanggan

601774_515185611852624_1933205373_n

Kepada bekas-bekas pelanggan kami yang dihormati,
Sebagai menyatakan penghargaan kami diatas kepercayaan anda berikan, kami dengan ini ingin memberikan
1 Sesi Outdoor secara PERCUMA!!! Untuk 2 Pasangan yang bertuah..

Cara-cara:

  1. Like Page kami
  2. Hanya buat 1 entry “ Pengalaman anda bersama dengan Cmratu Fotografi”
  3. Upload sekeping gambar yang anda paling suka di fan page cmratu fotografi (hasil dr Cmratu Fotografi)

Contest bermula hari ini 10 May 2013 dan akan berakhir 31 May 2013.

** Sesi Outdoor akan dijalankan di Kawasan Pulau Pinang (Island), tarikh outdoor akan ditetapkan mengikut kedua-dua pihak available**

Tulang belakang cmratu fotografi

DSC_0245

Inilah manusia yang paling bekerja keras dalam fotografi perkahwinan cmratu fotografi. Walaupun saya yang mulakannya bersama Azahairi pada 2008 tapi kemudian sikit demi sedikit Nurulhuda mempelajari cara menggunakan DSLR dan saya belikan Nikon D90 untuknya seminggu sebelum pernikahan kami dan kami mulakan tugasan jurugambar perkahwinan pertama kami 2 hari selepas pernikahan kami. Dari hari itu dia belajar sedikit demi sedikit dan hari ini hampir 80% pengurusan cmratu fotografi di buat olehnya. Saya hanya menjaga blog dan sebagai jurugambar utama sahaja.

Dialah jurugambar, menambah baik posing pengantin, mempelbagai sudut, menyediakan invoice, edit custom album, edit 4R untuk sticky album dan lain-lain. Saya sekarang perlu beri lebih perhatian untuk tugasan PJJ dan sekolah.

Tanpa Nurulhuda mungkin syarikat berdaftar MMDNH Enterprise tak sampai ke tahap sekarang ni. Terima Kasih Nurulhuda..