Keputusan SPM 2012 SMKRTU

Dah lebih seminggu calon SPM 2012 menggambil keputusan SPM di sekolah masing-masing baru hari ini sempat saya kongsikan gambar. Jom tengok wajah-wajah suka duka mereka. Alhamdulillah tahun 2012, SMKRTU ada peningkatan dari segi kuantiti dan juga kualiti. Tahniah kepada semua pelajar dan guru SMKRTU.

CMR_0682

 PPPM

CMR_0692

CMR_0699

CMR_0703

CMR_0707

CMR_0710

Jadual SPM 2013

CMR_0713

 

PISMP 2013

Bila dah mula minggu-minggu yang perlu hantar tugasan PJJ memang jadi sangat sibuk. Tiap-tiap minggu ada sahaja tugasan yang perlu di hantar. Alhamdulillah untuk semester ini masih belum ada yang lewat, harap dapat teruskan momentum ini hingga akhir semester ini.

Semak Keputusan SPM 2012 mulai 21 Mac 2013

Saya pasti para calon SPM 2012 pasti sedang dalam keadaan yang cukup berdebar menanti keputusan yang bakal menentukan masa depan mereka. Saya harap mereka akan berpuas hati dengan keputusan yang bakal di terima dan terima dengan hati yang terbuka. Zaman sekarang peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi amat banyak (kalau boleh elak dari ke kolej swasta yang tidak di iktiraf dan memilih kos yang banyak saingan dalam bidang pekerjaan). Matrikulasi, STPM, Diploma di Universiti, Diploma di Politeknik, Sijil Politeknik dan kolej komuniti serta sijil kemahiran di serata negara. Pilihlah yang bersesuaian dengan keputusan yang di terima. Jangan mudah mengalah sebelum berjuang, teruskan perjuangan sekurang-kurangnya miliki sijil kemahiran sebelum langkah ke alam pekerjaan.

CMR_5357E

Gambar semasa pelajar PMR 2012 terima keputusan Disember lalu

SPM 2013

KUALA LUMPUR 15 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

“Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12 tengah malam 27 Mac ini.

Sebanyak 472,541 calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu. – UTUSAN