Selamat Pengantin Baru Sahabat

Semalam seorang lagi sahabat karib saya Abdul Fatah Ahmad, selamat melansungkan majlis perkahwinan di rumah sebelah lelaki. Masih ada lagi rakan-rakan yang membujang, belum sampai jodoh lagi. Semoga mereka di temukan jodoh yang terbaik secepat mungkin.

Pakej Jurugambar Perkahwinan

Dah lama tak upload fotobesar, jadi hari ini upload la sekeping.

CMR_8627EHari ini akan jalankan tugas jurugambar perkahwinan di Taiping, Perak pula. Semoga dapat jalankan tugas dengan baik hari ini. Dah masuk pertengahan bulan Disember, bermaksud ada 15 hari lagi untuk selesaikan azam tahun 2014. Alahamdulillah nampak semakin mampu laksanakan.

Azam 2015 juga telah pun dirancang bersama isteri dan akan usaha habis-habisan untuk pastikan ianya terlaksana. Kena yakin dan rancang dengan teliti jalan untuk mencapai apa yang dirancang.

Contest SEO Eridy pun akan tamat hujung bulan ini, maksudnya ada 15 hari lagi untuk para peserta cuba pelbagai cara melonjak blog masing-masing.

 

Fotografi perkahwinan murah 2014

Fotografi perkahwinan murah 2014 dari cmratu fotografi bermula dari RM750.00 sahaja. Untuk pakej custom album pula bermula dari RM1500.00 sahaja dan pakej paling tinggi pemintaan adalah pakej lengkap 3 Majlis bermula dari RM2300.00 sahaja.

PEKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN 2014

Kenapa murah? saya akui harga yang saya kenakan agak murah berbanding dengan harga-harga dari jurugambar perkahwinan lain (ada banyak juga yang lebih murah dari ini). Jadi pertama sekali saya mohon maaf kepada jurugambar sepenuh masa yang rasa jurugambar part time seperti saya menggangu pasaran. Pada saya yakinlah pada rezeki yang Allah berikan dalam perniagaan, jika niat kita betul, perancangan kita tersusun dengan baik dan paling penting kualiti yang kita berikan sangat baik maka tidak sukar untuk mendapat pelanggan walaupun mahal pakej yang kita sediakan.

Saya akui dari segi kualiti dan peralatan yang saya gunakan masih jauh di belakang jurugambar-jurugambar sepenuh masa yang semakin ramai di Negara ini, untuk melayakkan saya kenakan harga yang pada saya tidak terlalu murah.

Nak kongsi gambar saiz besar untuk tugasan baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.

CMR_4269E

CMR_4304E

DSC_0256E

DSC_0294E

DSC_0340E

Kalau di facebook memang tak puas tengok. Jadi alang-alang dah beli template fotobesar ni rugi kalau tak guna kelebihan yang ada. Bagi yang berminat untuk beli template fotobesar boleh melaui link ini http://goo.gl/EiLs5T harga selepas discount cuma RM220. Pada saya sangat berbaloi dan murah.

Pakej Jurugambar Perkahwinan 2014

Setelah berbincang dengan isteri saya telah pun merangka pakej baru bagi tahun 2014. Alahmdulillah telah ada tempahan yang di buat untuk tahun hadapan dan tempahan untuk tahun 2013 hampir penuh. Bagi yang membuat tempahan untuk tahun hadapan sekarang hingga akhir November 2013 kami masih kekalkan harga pakej tahun 2013 tetapi bagi yang membuat tempahan mulai Disember 2013 akan mengikut harga baru pakej jurugambar perkahwinan 2014.

Tak banyak perubahan yang di lakukan dan saya masih belum mampu mengikut harga yang di cadangkan oleh MWPPM. Saya sedar tindakan saya ini kurang baik untuk industri Fotografi Perkahwinan Melayu di Malaysia ini. Saya cuma berharap harga yang saya tetapkan ini tidak terlalu membebankan pelanggan dan memudahkan proses perkahwinan yang mana merupakan antara 3 perkara yang di tuntut supaya di segerakan.

Sabda Rasulullah saw, ·”Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Walaubagaimanapun saya yakin masih ramai yang kenakan harga lebih murah dari yang saya berikan. 

pakej jurugambar perkahwinan

PAKEJ STICKY ALBUM – RM 750.00

– Sesi Fotografi 1 Majlis (Bersanding/Bertandang)

– 1 mock up sticky album

– 100 keping gambar 4R

– 1 Poster Frame 18” x 12”

– DVD semua softcopy

– FREE Outdoor (Hari yang sama)

PAKEJ CUSTOM ALBUM – RM 1500.00

– Sesi Fotografi 1 Majlis (Bersanding/Bertandang)

– 1 Custom album 12” x 10” (20pages)

– 1 stiky album

– 100 keping gambar 4R

– 1 Poster Frame 18” x 12”

– 1 Briefcase (kulit) 12” x 10”

– DVD semua softcopy

– FREE Outdoor (Hari yang sama)

PAKEJ LENGKAP CMRATU – RM 2300.00

– Sesi Fotografi 3 Majlis,

(Nikah + Bersanding + Bertandang)

– 1 Custom album 15” x 12” (20pages)

– 1 stiky album

– 100 keping gambar 4R

– 3 Poster Frame 18” x 12”

– 1 Briefcase (kulit) 15” x 12”

– DVD semua softcopy

– FREE Outdoor (Hari yang sama)

TAMBAHAN

– Sesi Fotografi (Bersanding/Bertandang) = RM 500.00

– Sesi Fotografi 1/2 hari (Nikah/Outdoor) = RM 400.00

– 1 mock up stiky album + 100 keping gambar 4R = RM 250.00

– 1 Poster Frame 18” x 12” = RM 50.00

– 1 Briefcase (kulit) 12” x 10” = RM 100.00

– 1 Canvas 16” x 16” = RM 65.00

Tempahan untuk pakej jurugambar perkahwinan 2012 telah pun ditutup, boleh terus hubungi saya MUS (012-5940302 | muktasim.pm@gmail.com) atau NURULHUDA (017 4079302 | nurulhuda.saini@facebook.com) juga boleh bertanya di fanpage FB cmratu fotografi.
Deposit – Minima RM200 (booking fee) keutamaan tarikh diberi pada yang telah membayar deposit.
Semasa /selepas majlis – 50% Harga Pakej
Baki – Semasa terima semua (Stiky Album/Custom Album/Poster/DVD) yang telah dijanjikan.

Boleh rujuk TERMA DAN SYARAT.

Pakej jurugambar perkahwinan