logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Teknik Hilangkan Bayang

fotografi | 22 Dec 2012 | 8

Pernah tak ambil gambar di bawah matahari terik di atas kepala? kalau yang pernah pasti tahu apa kesanya pada muka. Bayang akan sangat ketara pada muka. Contoh seperti gambar di bawah.

Bayang bawah mata

Kalau nak edit gambar ni memang sangat susah dan membuang masa. Kalau tempat yang ada pokok boleh berteduh di bawah pokok. Tetapi kalau di tengah sawah padi? Ini cara yang saya gunakan.

hilangkan bayang

Saya gunakan reflector tetapi bukan untuk pantulkan cahaya matahari ke muka (silau dan subjek susah nak buka mata). Cuma guna untuk lindung muka dari kena cahaya matahari. Kalau dapat reflector lebih besar adalah lebih baik. Hasilnya seperti gambar di bawah.

Gambar Kahwin

Satu lagi cara yang mudah adalah dengan menggunakan payung. Tapi saya kurang  berminat sebab warna payung akan memberi efek kepada muka subjek. Contohnya gambar di bawah, asalnya muka subjek menjadi kemerah-merahan.

gabar outdoor dengan payung

Insyallah ada masa saya akan kongsikan pengalaman saya yang lain dalam bidang fotografi ini. Saya sendiri masih baru belajar dan terus perlu belajar. Sudi-sudilah lihat pakej jurugambar perkahwinan 2013 yang di sediakan oleh cmratu fotografi.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

8 MAKLUM BALAS: Teknik Hilangkan Bayang

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu