logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Terma dan Syarat

23 Aug 2013 | 1

Berikut merupakan terma dan syarat yang di tetapkan oleh CMRATU (gambaq Enterprise) dalam urusan perkhidmatan fotografi perkahwinan. (Pakej semasa boleh rujuk di Pakej Jurugambar Perkahwinan) :

1.              UMUM

Pelanggan Muslim diwajibkan menutup aurat semasa Majlis / Sesi Bergambar dijalankan. Rakaman sesi persiapan/solekan hanya akan dilakukan selepas pelanggan siap berpakaian lengkap menutup aurat.

2.             HARGA DAN KANDUNGAN PAKEJ

Harga dan kandungan akhir sesuatu pakej adalah berdasarkan perbincangan antara CMRATU  dan pelanggan. Harga adalah tetap selepas persetujuan dicapai.

 3.            TEMPAHAN

Sila hubungi kami untuk urusan tempahan. Tempahan sah hanya setelah pihak kami menerima Deposit 20% dari harga pakej dan telah menerima Invoice rasmi dari pihak CMRATU . Tarikh yang telah ditempah hanya boleh ditukar sekiranya terdapat kekosongan di pihak CMRATU.

4.            STRUKTUR BAYARAN

20% dari harga pakej (Booking fee), 60%  semasa atau selepas selesai majlis dan baki 20% selepas menerima semua yang telah di janjikan.

– Pakej RM750.0 ( 20% | 60% | 20% ) = (RM150 | RM450 | RM150 )

– Pakej RM1500.00 (20% | 60% | 20% ) = (RM300 | RM900 | RM300 )

– Pakej RM2300 (20% | 60% | 20% ) = (RM460 | RM920 | RM460 )

5.            JURUGAMBAR BERTUGAS

Jurugambar utama CMRATU akan mengambil gambar untuk pelanggan yang pertama membuat tempahan pada tarikh tertentu. “first come first serve” walaubagaimanapun CMRATU berhak menghantar mana-mana jurugambar CMRATU lain  untuk bertugas.
Jurugambar bertugas hanya akan menjalankan tugas mengikut jangkamasa yang telah dipersetujui antara CMRATU  dan pelanggan. Tiada tambahan masa dalam perkhidmatan.

 6.            GAMBAR DAN HAKCIPTA

Kesemua gambar  adalah menjadi hak milik CMRATU. CMRATU berhak menggunakan gambar  pelanggan untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi berkaitan tanpa mendapat persetujuan pelanggan terlebih dahulu dengan mengambil kira faktor-faktor yang difikirkan sesuai.

7.            REKABENTUK ALBUM’

Reka bentuk album 100%  akan dilakukan oleh pihak kami. Boleh lihat contoh-contoh custom album atau contoh sticky album di blog.

8.          TEMPOH MENUNGGU DAN PENGHANTARAN ALBUM

Tempoh standard menunggu album adalah sehingga 60 Hari Berkerja dari tarikh majlis yang terakhir. Penghantaran melalui Kurier atau Pos Laju bergantung pada kadar semasa dan kos penghantaran dan pembungkusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

 9.          KEPERCAYAAN BERSAMA

CMRATU dan pelanggan mengakui bahawa ianya adalah mustahil bagi memperuntukkan terhadap setiap perkara yang mungkin berlaku di luar jangkaan seperti kemalangan, kematian, kerosakan kenderaan, bencana alam, kecurian dan sebagainya sebelum, semasa dan selepas majlis dan dalam semasa perlaksaan khidmat dan produk yang telah dijanjikan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, CMRATU dan pelanggan hendaklah berunding secara jujur hati dan menggunakan segala keupayaan mereka untuk mencapai persetujuan bersama mengenai apa-apa tindakan yang perlu dan saksama dalam menghapuskan sebab atau sebab-sebab keadaan tersebut.

 

SATU MAKLUMBALAS Terma dan Syarat

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu