logo-blog

Cikgu Muktasim

Jurugambar Perkahwinan yang menawarkan harga berpatutan

Terus Boikot Barangan Israel

Uncategorized | 27 Nov 2012 | 9

Kalau dulu tak nampak kesan pun boikot di Malaysia ni, alhamdulillah nampak gaya rakyat Malaysia makin sedar dan telah faham bahawa benda ini tidak boleh di lakukan berseorangan dan tidak boleh bermusim, perlu berterusan. Saya telah tekad untuk terus memboikot selagi peta Palestine tidak kembali seperti asal tahun 1946.

Jom hayati apa yang cuba di sampaikan oleh pekerja McD ini. Terbukti membuahkan hasil tapi biar berterusan, insyallah.

Kita akan jadi kuat bila bersatu. Untuk rakan-rakan jurugambar pula jangan lupa boikot

KATA beg tentera Israel.

2012 tahunku yang kacak bila berjaya memboikot barangan israel. Tukar barang keperluan kepada jenama lain. Tapi yang memberi kebaikan atau menjadi keperluan guna je la. Yang mana kita mampu. Juga hayati perkongsian dari seorang rakan di facebook.

TAK MAU BOIKOT? 

“Boikot-boikot ni tak praktikal…” kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
“Mengapa?” tanya saya.
“Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?” jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
“Kita belum kuat, jangan cari penyakit,”tambahnya lagi.
“Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?” kata saya.

“Perlukah kebencian dilahirkan?”
“Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?”
Dia pula diam.
“Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni…ada cara lain?”
“Kita tak boleh buat apa-apa,”ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri “Mantop” satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
“Apa gunanya air yang setitis itu?” Burung besar menyindir.
“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.
“Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
“Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi… siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Akhir kata teruskan BOIKOT wahai rakan-rakan sekalian.

Tentang Penulis: Muktasim

Jurugambar perkahwinan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan gambar dalam bidang fotografi perkahwinan.

9 MAKLUM BALAS: Terus Boikot Barangan Israel

Apa kata anda pula?

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen. Sila berkomen dengan tatasusila. Setiap aktiviti direkodkan
Komen :

Nama :
Email :
Website :

CommentLuv badge

IKLAN

Post Terkini

Bloglist muktasim.com

Arkib

HTML Generator Sample Page

Tema fotobesar ini di bina oleh Azmanishak khas buat Jurugambar perkahiwnan murah 2014 dan fotografi perkahwinan cmratu